Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, August 17, 2009

Colek Mangga Epal

Lupa nak cerita...last Saturday pergi Stadium Melawati sebab dapat info dari Kak Yu dan Kak Lily bahawa Metrojaya ada wat sale. Aku apalagi memang giler sikit kalau Metrojaya wat sale ni.
Sampai sana..cari2 barang yang aku nak apalagi kalau pinggan mangkuk white set tu ler. Tengok2 tak banyak pilihan pula...yang aku nak tu takde tapi aku rembat jugalah pinggan 1, piring 4, fox. Pastu pusing2 cari bekas letak cake tu..takde la pulak. agaknyer dah penghujung sale kot.
Macamana pun aku rembat gak ler bantal 2 biji yang harga $49.90 dapatlah dengan harga $19.90. dan gelas 6 kaca bijik serta gelas plastik untuk anak2 4 bijik.hehehe..

Balik tu, singgah rumah kat Subang sekejap..ambik buah mangga Epal. Huihhh..besar2 buahnyer..geram aku nengok. Apalagi laling aku pun kait ler. banyak jugaklah dapat. Balik rumah bagi kat kakak yang jaga anakku yang kecik 4 bijik..

Dalam kepala duk pikir apa nak buat dengan buah mangga ni. At last aku panaskan periuk, letak manisan, cili api tumbuk, sedikit garam dan belacan serta sedikit air. Buat colek. Aku bukannyer suka makan asam2 ni tak tahan.

Buat jugalah untuk hubby ku makan. Aku cuma makan 2- 3 keping jer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...