Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, August 17, 2009

Ayam Goreng dengan Bawang

Lauk tengahari keluarga ku. Hubby kena pergi kerja pagi ni, so takdelah aku kena masak beria2 sangatkan. Just untuk aku dan anak2 jer. Walaupun begitu mesti lengkap berkhasiat..cukuplah ada lauk dan sayur..itu sudah memadai bagi kami.

Resipi ayam yang mudah ni adalah dari ayahku dan juga dari mummyku. Mummy selalu masak masakan yang simple, cepat tetapi sedap. Dulu masa kecik2 mummy selalu jugak buat kuih muih tetapi sekarang ni dia sudah tak larat sangat memandangkan dia mengidap sakit jantung. Kesian mummy.. apapun you're the best mother in the world. Love u so much mummy...

Hmmm..berbalik kepada resipi ayam yang mudah ni bolehlah diikut seperti di bawah ni yer.

Ayam Goreng dengan Bawang

Bahan:
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan diperap dengan garam kunyit)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris memanjang)
1 biji cili merah (dihiris)
5 biji cili api (dibelah 2 - optional)
minyak untuk menggoreng ayam

Cara:

1). Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Goreng ayam hingga habis kesemuanya.
2). Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja di dalam kuali tadi.
3). Kemudian, tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan masukkan ayam. Kacau.
4). Masukkan bawang besar dan cili api. Kacau hingga bawang besar agak layu. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama nasi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...