Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, July 10, 2009

Durian Ice-cream

Ini salah 1 favourite aku,..durian ice-cream. Untuk resipi ni aku selalu menggunakan base on resipi Cik Mat Gebu jugak iaitu Aiskrim Kacang Merah. Base on that aku boleh buat pelbagai perisa aiskrim. Aku ada tukar sikit dari resipi asalnya, maaf banyak yer..bukan nak mengolah apa yang dah elok cuma nak mencuba mcm2 perisa ajer yer cik Mat. Apapun, Thanks kerana sudi share resipi yang best2.
Kepada sesiapa yang nak cuba, kat bawah ni ada aku sertakan resipi seperti di sini:

Durian Ice-cream

Bahan:
125 g coffeemate creamer powder
250 ml susu segar
50 g gula kastor
250 g isi durian

Cara:
  1. Bancuh coffeemate, gula dan susu segar. Kacau dengan wisk hingga semuanya sebati. Bekukan 4-5 jam atau sehingga 3/4 beku.
  2. Isi durian dihancurkan dengan menggunakan garfu. Hancurkan hingga ia jadi seperti paste durian. Jika nak lebih halus, boleh juga guna tapis aluminium dan lecek dengan menggunakan sudu.
  3. Apabila aiskrim tadi sudah beku, keluarkan dan pukul dengan menggunakan mixer. Pukul dengan kelajuan yang tinggi selama 10 minit atau sehingga ia jadi double volumn dan agak pekat serta gebu.
  4. Setelah itu, masukkan puri durian, dan pukul lagi sehingga ia sebati selama 1-2 minit. Kemudian, bekukan sekali lagi semalaman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...