Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, July 20, 2013

Sotong Goreng Kunyit

Sotong Goreng Kunyit
resipi: Kak Wana
by: Rabiatun

Bahan:
  • 400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
  • 1 labu bawang besar ( di potong )
  • 2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
  • 2 hiris halia
  • 1 biji cili merah ( di iris )
  • 6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
  • sedikit daun ketumbar ( di potong )
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit.

Cara Penyediaan
1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

3 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam Ramadhan buat kak Tun..sdp npak manu sotng tu..masak kunyit bau harum..walau simple tp membangit selera

Yaya Azura said...

pembangkit selera..laju je saya makan nasi kalau ada sotong goreng kunyit..hehe

Ruby's Delight said...

Sheila,
Salam Ramadhan. terima kasih dear.

Yaya Azura,
sama kiter.. terima kasih sudi singgah sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...