Resipi : Alia@myresipi.com
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
Bahan untuk Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara-cara
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara-cara
- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
- Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
* Tun tak kukus puding ni, tapi bakar di dalam oven seperti cara2 di atas.
* Tun tapiskan adunan yang telah siap dicampur ke dalam loyang sebelum di bakar untuk menghasilkan puding yang cantik dan licin serta tidak ada lubang2 pada puding.Insya-Allah.
Puding ni manisnya dah sedang elok..tak manis sangat..pendek kata dah ok rasanya. 1 adunan ni cukup untuk 1 family yang tak ramai. Rasanya lemak2....sedap. Cuba la.* Tun tapiskan adunan yang telah siap dicampur ke dalam loyang sebelum di bakar untuk menghasilkan puding yang cantik dan licin serta tidak ada lubang2 pada puding.Insya-Allah.
SELAMAT BERBUKA PUASA
5 comments:
mcm menarik dan senang je nmpknya....bau telor sngt x? sbb anak sy klau bau telornya kuat...dah x nak mkn dah....
puasa ni belum berkesempatan nak msk puding karamel lagi... nampaknya kena buat utk hari ni...dah ada pembakar semngat nih...
Asyifa : ada sedikit bau telur, sbb sy kurangkan esen vanila. mungkin Asyifa boleh letak 1/2-1 tsp esen vanila untuk mengelakkan bau telur.
CikPuan Izan: silakan..boleh kita bertukar2 idea, kan..
Assalamualaikum Adi;
Salam Ramadhan;
Semalam baru Kak Lin buat puding Karamel tapi tak sempat ambil gambar dah nak berbuka...sedap3
Post a Comment