Kisahnyer, malam tadi Tun singgah rumah Kak Nor, niat di hati nak sekodeng resipi lain, tapi kebetulan plak Kak Nor ada buat mapin ni...Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang, terus la Tun salin resipinya..Pantang nampak resipi baru, kan..hehehee...Benda baik takpe..hehehe...Tuan punya resipi kami tak tahu dari siapa..tapi yang pastinya dari Cari.Com. Begitulah yang dinyatakan oleh Kak Rinnchan. Jadi Tun ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi berkongsi resipinya termasuklah tuan empunya resipi, Kak Rinnchan dan juga sumber inspirasi, Kak Nor SG kiter..Minta halal yer.. Terima Kasih :)
Malam tadi Tun godek mapin pandan ni..Wangi semerbak bau pandan..Dalam hati dah kegirangan terasa sedapnyer mapin ni..Alamatnya, habih seketoi mapin ni Tun ngap malam tadi..ekekekekeeee....
Tun buat 1 resipi ajer dapat dalam 12 cups M size kot. Atasnya Tun taburkan Almond Nibs dan Almond Slice ...best makan panas2, lemak rasa mapin ni..
Okies, takmo citer panjang, lagipun Tun ada task untuk hari ni. Jom kita semak resipinya.
MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram & Deana
MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram & Deana
Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis.
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Nak raser tak? Meh la..ada lagi ni.... >___@
7 comments:
semuanya sepadan...muffin padan - hijau, pinggan daun - hijau...kawan kt sebelah yg comel tu pun hijau jugak...suke..suke...
minta muffin 3 ketul boleh...
assalamualaikum Tun terguda tgk muffin ijau tun tu:)
waaa...sama lah kita Tun... k.gee pon buat mapin pandan gak tp tak sempat nk n3 lagi sbb hrni sibuk nk balik kmpong...
ekspress sungguh/..smlm br nmpak kt umah k nor..hihi...nmpak sedap je mapin ni :)
lawa2.. warna hijau memikat betul.. tambah ada almond atas tu tentunya sedap
chumelll nye...nampak gebu jew
Assalamualaikum...
Cantik Muffin Tu...Kak Lin Mmg Suka Warna Hijau...Mcm Nak Rasa Jer...
Post a Comment