Assalamualaikum..Alhamdulillah..hari ni dah bertambah sihat..Ruam2 merah masih lagi belum clear sepenuhnya..tapi alhamdulillah, dah boleh mula makan walaupun di dalam quantity yang sedikit cuma.
Cuma yang tun perasan, nak kena makan, makanan yang lembut dan sejuk2. Tu yang terbayang bingka roti ni tetapi di dalam versi pudig roti yang lembut dah sejuk..Sedapnyer terasa pandan2 gituew..Kena pulak dengan sos kastard...fullamakkk...sejuk jer tekak ni.
Terima kasih buat Kak Ummi dan juga penyumbang resipi asal yang telah menimbulkan idea ni..tapi Tun ikut versi derhaka yang tidak disengajakan oleh Kak Ita..hehehehee...bezanya Tun sengaja menderhaka ehh..huhuhu...ya ampoooonnnn...Terima kasih kak Ita, bolehla Tun merasa puding roti pandan ni, versi
asal kuih bingka roti tau..Terima kasih buat semua..minta izin share resipi yer.
BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabiliaasal kuih bingka roti tau..Terima kasih buat semua..minta izin share resipi yer.
BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home
8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul
Cara:
- Sediakan loyang 8 inc dan gris loyang dengan sedikit butter
- Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
- Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
- Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang
- Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
- Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
- Balut tutup loyang dengan aluminium foil
- Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit.
- Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.
Puding Roti Kukus Pandan (Versi "Derhaka" dari Kak Ita (tak sedap didengar, kan..maaf yer kak..puas sudah cari istilah yang sesuaiii..huhuhuhu)
Versi Asal dari Bingka Roti Kukus Pandan dari Notabilia
sumber: Kak Ita
sumber: Kak Ita
- Cara membuatnya sama sahaja seperti membuat bingka roti kukus pandan ni.
- Roti tu dicanai nipis dulu, kemudian ita gulung.
- Masukkan dalam bekas yang berisi adunan tadi biar terendam 10 minit
- Angkat perlahan dan pindahkan ke dalam loyang
- Kak Ita guna loyang empat segi. (Tun guna loaf pan)
- Taburkan buah2 coktail yang telah ditoskan airnya terlebih dahulu
- Kemudian kukus
- Puding ni dimakan dengan sos castard. (yang ni Tun ikut kak Ita)
by : Kak Ita
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air
secubit garam
1 sudu besar kastard
6 comments:
adusss...mengancam jiwa dan raga bila melihatnya
tun..cantiknya posing bingka roti..yumyumm..menarik dan tertarik
sedapnya puding roti mkn dengan sos kastard,buat mkn pagi nie.hmmm.nnt nak cuba la..
sedapnyaaaa...kecor dibuatnya
Tun...meleleh sos kastad tuh buat org terliur jer...tambah dgn bebuahan tuh lagi la sedap kan...
As'salam Tun
Selalu buat roti kukus ni makan gitu2 jer, nanti nak cuba letak sos gak dan tabur sedikit buah2an atas dia :)
Post a Comment