Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, October 25, 2011

Apabila Nasi Terasa Seperti Pasir .......Part 1

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah..dapat Tun coretkan secebis kisah dua tiga hari lepas.. Sabtu, hari yang begitu hectic buat Tun. Tun kena siapkan tier wedding cake yang memang sepatutnya pagi Sabtu, Tun dah siap bake dan tunggu untuk mendeco sahaja. Tapi itu tak berlaku..yelah, kita hanya mampu merancang, namun segalanya Allah sudah tentukan. Tanpa Tun sedari, bahan asas untuk membaking telah kehabisan. Nak tak nak Tun kena keluar pagi2 Sabtu tu.
Nak dijadikan cerita, Tun dan hubby memang tak cukup tidur, coz Jumaat malam Sabtu tu, gatai2 sangat nak ikut hubby pergi join kelab bizz dia kat Shah Alam..balik rumah dah hampir jam 4 pagi.Sudahnya, memang tak cukup tidur.
More cake picture, kindly visit here. tq

Ingat2 nak keluar beli barang baking awal esoknyer terpaksa tergendala juga. Time Tun dah siap2 nak keluar, ada anak jiran pula datang rumah minta tolong ajarkan buat design. At last, Tun suruh ajer hubby yang ajarkan. Budak ni baru 1st year, ambik Interior Design. Tapi kami bukanlah dari line ID, cuma bolehla memberi sedikit tunjuk ajar dari pengetahuan yang ada. Kesian pun ada sebab dia agak tertekan juga time tu. Dah pukul 3 ptg baru keluar rumah. Ke sana sini pergi beli barang dari BWY ker Bagus kemudian ke pasar pula. Sampai rumah dah lewat petang.

Terus jer Tun masuk bilik baking dan baked 1 biji kek dulu, kemudian sediakan icing. Dah masak kek, sejukkan dan terus crumb coat kek tu. Kemudian baked 2 nd cake, dan sejukkan. Sementara baked 2nd cake tu, Tun iced dan letak topping 1st cake tadi tu. Then, sambung crumb coat 2nd cake. Begitulah akhirnya siap 2 biji kek disapu frosting. Hampir pukul 3pg, semuanya siap. Baru Tun boleh lelapkan mata.
Pukul 5.30 pg Tun bangun, dan sambung untuk mendeco. Tapi masa tu Tun dah terasa seram sejuk dan agak termangu-mangu. Telan 2 biji panadol  dan sarungkan stoking serta jacket...tapi masih tak boleh nak teruskan kerja. Akhirnya pukul 7pg baru boleh sambungkan tugas. Akhirnya kerja mendeco selesai jam 10pg.Alhamdulillah syukur dan terasa begitu lega sekali.

Kisah Bersambung........

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Tun..
baca akan tajuknyer tu membuatkan akak berdebar2 bila membaca jalan ceritanya.. agak saspen juga ni... hehehe.. kita tunggu episod seterusnya yer.. hehe..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak.. walaupun tak cukup tidur hasilnya amat teruja kak.. lawa sangat ita suka cara akak deko kek cantik2 semua .. keep it up kak

quinnie said...

memang suspen la nak tunggu ep ke2 ni...hehhehe

Faiz said...

suspense...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...