Semalam Tun buat kuih pau ni..resipi seperti dulu juga dari CMG....salah 1 dari resipi pau peberet Tun. Cuma kali ni Tun ikut cara Kak Ita buat. Kak Ita ni memang kretip sungguh bab2 membe'ga rupa kuih ataupun dessert jadi lebih menarik dan sedap..hihihi...kalau singgah rumah dia, memang alamatnya lambatlah nak boleh angkat montot..hihihihi... Rupa pau ni adalah idea dari Kak Ita yang diadaptasikan dari cara2 membuat Karipap Pusing ke doh Pau pula. Tak pernah terpikir pun oleh Tun..hihihi...Memang tabik kat kak Ita ni..ghajin betul....Tips dari kak Ita, kena gelek tu kasi mampat sikit, kalau tak nanti tersenyum manja pau tu apabila dikukus.... TQ for sharing yer kak..
Tentang struktur pau ni memang tak boleh disangkal2 lagilah..memang gebus dan lembut betul..Jika dibuat seperti biasa pun, kulit luarnya boleh dikopek gituewww..Sedap..Setakat 1 adunan, sekali hidang ajerlah..hihihi..tu tandanya..sedap la..heee....Anak2 Tun memang gemarkan pau...
Meh Tun letak resipi pau ni sekali lagi.. Mintak izin sekali lagi yer cik Mat.
Recipe By: CMG Dapur Tampa Sempadan
240 gm tepung Hong Kong - tepung pau pun ok jugak!
1 camca teh Double Acting baking powder
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh yis
25 gm lemak sayuran (shortening)
Bahan yg disatukan dan dikacau hingga larut:
100 ml air suam
30 gm gula halus
1 camca teh Double Acting baking powder
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh yis
25 gm lemak sayuran (shortening)
Bahan yg disatukan dan dikacau hingga larut:
100 ml air suam
30 gm gula halus
Cara:
1). Dlm satu bekas, masukkan tepung HongKong, Double Acting baking powder, garam, yis dan lemak sayuran. Gaul dan ramas hingga adunan menjadi lembut dan elastik ( kurang lebih 15 minit jika uli dgn tangan dan 10 minit jika uli dgn mesin) Perap doh selama 45 minit.
2). Keluarkan doh dan tumbuk2 untuk membuang angin. bahagikan kepada 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan. Sudukan inti dan cantumkan doh sehingga menutupi inti. Bulat2 kan doh tadi dan letak atas kertas 2inc x 2 inc.
Buat sehingga habis dan susun dlm kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
Kukus pau dlm kukusan selama 15 minit atau sehingga masak.
INTI KACANG MERAH
By: Chef Zamzami (Majalah Saji)
Source : Kak Ita
1). Dlm satu bekas, masukkan tepung HongKong, Double Acting baking powder, garam, yis dan lemak sayuran. Gaul dan ramas hingga adunan menjadi lembut dan elastik ( kurang lebih 15 minit jika uli dgn tangan dan 10 minit jika uli dgn mesin) Perap doh selama 45 minit.
2). Keluarkan doh dan tumbuk2 untuk membuang angin. bahagikan kepada 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan. Sudukan inti dan cantumkan doh sehingga menutupi inti. Bulat2 kan doh tadi dan letak atas kertas 2inc x 2 inc.
Buat sehingga habis dan susun dlm kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
Kukus pau dlm kukusan selama 15 minit atau sehingga masak.
Tun letak inti Kacang Merah sebab anak Tun gemarkan inti ni.
By: Chef Zamzami (Majalah Saji)
Source : Kak Ita
Bahan:
250 gm kacang merah - direndam semalaman
250 gm gula pasir
secubit garam
air secukupnyer
3 sudu besar majerin
250 gm kacang merah - direndam semalaman
250 gm gula pasir
secubit garam
air secukupnyer
3 sudu besar majerin
Cara:
- Masukkan semua bahan2 kecuali mentega kedlm sebuah periuk dan rebus kacang sehingga empuk dan lembik.
- Kisar kacang merah dlm mesen pengisar untuk mendapatkan pes yg halus. (ita kisar separuh aje sebab ita suka yg berbiji2)
- Masukkan kedlm sebuah kuali bersama mentega dan masak diatas api yg perlahan hingga berkilat, kental dan tidak melekit. sejukkan sebelum digunakan.
Untuk cara2 buat belang2 ni, nanti Tun letak untuk N3 yang seterusnya. Insya-Allah.
16 comments:
cantek...gebusss....rasa nak mintak 1 jer... oops posa laaa....
Selamat pagi tun...
waaa... berpusing2 mata akak melihatnya... comel... comel.. comel...
akak pun suka makan pau.. lama dah tak mengepau...
alahai terasa nak mengepau pulak dah...
salam kaktun...belang2 paunya..hheheh..rajin betul...saya kalau nak makan beli je..kekekek...
Salam kak tun! ha ar lah lama tak buat pau jugak! inti kelapa kita tinggal sikit sbb kita suke guna inti kelapa tp mcm2 yg nak dibuat dgn inti kelapa tu hihihi....
alahhhh... kak tun dh buat pau pusing2 kaker nihhh... huh!!!... ada lg dokkkk... huhu... menarikkk!
Kak Gee: terlupa puasa yer kak..hihihi...kalau tak, boleh ajer ni kak.. :)
Kak Azlita : Selamat pagi kak.
terima kasih untuk idea ni yer kak..Tun pun suka makan pau..sedap kan kak..hihii
Quinnie : W'salam Q. kejap jer buatnyer Q..hihihi..nnt akak letak the making utk next N3..hihii
Assalamualaikum tun..
cantiknya pau tu tun.... rajin sungguh tun buat pau... berwarna2 lg gitu.. suka tgk...
Ika: W'salam dear! hihihih..sedap jugak inti kelapa, kan. Wahhhh..bercabang2 yang duk pikir ..yer Ika? hihihi..takpe..buat dulu, nnt akak singgah menge'pau" pula..hihihi..
AnaWahid: hihihi..dah selamat lah sayang..nnt kita buat lagi yer..hihihi..
Diana: W'salam. Tun pun terpikat masa tengook kak Ita post pau belang2 camni..hihihi..mekasih dear!
puas nak loading guna laptop cabuk saya ni kak. hahaa... kak tun.. comel la pusing2.. mcm siput comel je.. aiyakk nak buat gak. tepung pau lak masuk bubuk.. mencik tul.. padahal tak buka lagi packnya tu.. sadiss tul
Salam Kak Tun..
gebunya pau nii..suka tgk ada kaler2 cam tu..lg berselera nak mkn :=)
Izah: huhuhu..sabar ajer lah kan..akak pun sama ni Izah, tenet slow betul hari ni...duk loading gak ni.
Aduihhh..tepung baru beli ker tue..Memang geram klu tengok yg belum dibuka dah ada yang menghuninya plak..sayangnyer, kan.uhuhuh..Hebat Cik Buk ni, belum bukak pack pun dah dpt masuk..cenggituew ler Cik Buk..nak kena beli lagi la Izah nampaknyer yer..huhuhu.. Saborrr..dugaan di bulan Ramadhan tue..
Yana: W'salam dear! pau ni gebus dan dah berulang x akak duk buat..suka guna resipi CMG ni. Cubala Yana :)
Post a Comment