Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, August 4, 2011

PAU BELANG ~ THE MAKING...

Assalamualaikum....rasanyer ni pertama kali Tun letak N3 khas untuk "The Making". Untuk kemudahan semua, Tun letakkan cara2 step by step bagi mendapatkan belang pada Pau yang Tun post sebelumnya. Selain tu, step ni boleh juga dijadikan panduan untuk Tun buat karipap pusing kegemaran.. :) Semoga step by step ni memberi manfaat juga buat kenkawan semua.. Amin..Insya-Allah...
Sediakan doh untuk Pau..Resipinya kat sini.

  1. Apabila doh sudah ready untuk dibentuk, bahagikan kepada 2 bahagian Doh A dan Doh B. Ambil Doh A dan bahagikan 1/4 atau 1/3  dan warnakan dengan warna pilihan. Jika boleh gunakan pewarna yang paste untuk memudahkan ianya sebati. Kemudian leperkan baki daripada yang bewarna tu dan letakkan adunan bewarna di atasnya. GAMBAR 1
  2. Kemudian balutkan adunan bewarna tadi tu. GAMBAR 2
  3. Leperkan adunan yang dibalut tadi supaya menjadi empatsegi. GAMBAR 3
  4. Lipatkan 1/4 daripada doh yang dileperkan tadi ke atas dan kemudiannya lipatkan yang sebelah lagi satu ke atasnya pula supaya jadi memanjang. (Lupa nak take picture yang dah siap ni). GAMBAR 4

  1. Canaikan atau gelekkan doh tadi dari atas ke bawah. GAMBAR 5
  2. Gulungkan doh yang telah dicanai tadi tu dari atas ke bawah sehingga menjadi 1 roll. GAMBAR 6
  3. Golek2kan sedikit agar ianya sekata dan sama besar. Potong Doh yang di'roll' tadi kepada beberapa bahagian. GAMBAR 7
  4. Ambil 1 keping doh yang telah dipotong tadi dan leperkan. Letakkan inti ditengahnya dan tutup kemas. (Hati2 bila leperkannya dan mampatkan ia sedikit agar pau yang dikukus tak terbuka (ternganga ~ sesuai ker). GAMBAR 8
  5. Alaskan atas kertas sebelum dikukuskan. Ulang cara yang sama untuk Doh B. GAMBAR 9

6 comments:

Zaliedana said...

Assalam kak,tengs bebanyak kak,sudi share cara nak wat belang tuh,ala2 karipap pusing juga kan..

Fiza Nordin said...

cunnyeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

anymz said...

cantiknyaaaaa..
boleh lah cuba gak nanti ni tun.good idea nih.:)

nuwairani ismail said...

terima kasih kak tun..suke sgt buat pau...tp bosan jugak asik2 plain aje kan...dah ada step mcm ni, boleh la buat sendiri pasni...

Cheq Sue said...

semalam nampak kat rumah Noorsha... jenuh jugak nak pikir cane la leh jadi belang2 ni...cantik lak tu... dah akak tunjuk ni baru nampak gambarannya... tq kak tun

Rabiatun Adawyah said...

Zaliedana : w'salam.betul..guna cara karipap pusing ajer..hihihi..


Fiza: mekasih Fiza. :)


Kak Anym: mekasih kak..cubalah kak..hihihi..


Nuwairani: sama2. boleh la Rani cuba style gini pulak, kan..samalah ngn akak..plain putih ajer kan..hihihi..

Cheq Sue: Silakan dear..dah lama juga berkenan masa tengok kat dapur kak Ita..hihihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...