Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, August 3, 2011

IFTAR DAY 2 : NASI MINYAK HUJAN PANAS


Dah lama tak makan nasi Minyak Hujan Panas ni. Untuk menu berbuka hari kedua berpuasa ni, Tun masak Nasi Minyak Hujan Panas. Resipi dari Makyong MyR. Pernah cuba sekali dulu. Sedap juga nasi ni. Tun gandingkan dengan Dalca Sayuran dan juga Ayam Masak Merah. Acar, Tun tak buat. Terima kasih banyak buat Makyong atas resipinya. Jom tengok resipinya plak.
Nasi Minyak Hujan Panas
recipe by: Makyong MyR
source: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
bahan hias
  • bawang goreng
  • kismis
Cara-cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
Untuk Nasi Minyak Hujan Panas ni, Tun gandingkan dengan :-

7 comments:

ijayuji said...

Salam kak tun!! kita ajerr yg tak terbuat lagi nasi hujan panas mendung niii hihihi nanti nak try buatlah! mkn dgn acar mentah pastu ayam masak apa2 pun sedap kan kak! suke betul kita nasi2 mcm nii :D

Yatie said...

Assalamualaikum Tun,
nmpk sungguh menyelerakan set nasi minyak hujan panas ni..terliur je tngk...nasib baik dah berbuka pose ni..hehehehe...

Naz said...

Assallamualaikum Kak Tun..
Cantik nasi tu kaler2.. Membuka selera sungguh.. Naz pernah buat nasi hujan panas tp tak guna basmati..guna beras biasa jer.. Kalau guna basmati lagi sedap kan..

Anawahid said...

semlm x buat nasik ni, kalo buat x leh bg nama nasik ujan panas, kene tuka nasik ujan renyai, semlm sini ujan.. heeeee

Rabiatun Adawyah said...

Ika: W'salam Ika. yer ker..hihihi...jarang dah orang buat nasi minyak cenggini, kan..ganding ngn apa2 pun sedap yer ika..akak males nak buat acar mentah..hihihi..kira ngelat ler nih..

Rabiatun Adawyah said...

Kak Yatie : W'salam kak.
Sedap wat berbuka, kan kak..mekasih kak..

Rabiatun Adawyah said...

Naz: W'salam Naz.. beras biasa pun dah sedap, kan Naz..

Cik Puan Anawahid: hehehehe...hujan ranyai semlam ehhh..tu yang jadi nasi kari ayam yer..hihihi..mekasih Ana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...