Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, October 17, 2011

RENDANG AYAM GAHARU

Assalamualaikum...ni N3 tertunggak tau..Tun masak ni last Friday sebelum bertolak ke Seremban pagi Sabtu last weekend. Setelah tergudaaaa dengan rendang Adik Ijah yang nampak sungguh sodap. Resipi asal dari CMG tapi Tun kopipes dari rumah Izah Daut. TQVM CT Zaliedana dan Izah yang mencetus idea buat Tun untuk mencuba rendang ayam sodap ni. TQVM CMG di atas resipinya..Sedap..nnt raya boleh buat lagi rendang ayam ni..
RENDANG AYAM GAHARU
resepi: CMG

BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam *izah lebihkan
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

11 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Harumnya bau sampai ke JB, Tun.. :-)

Liza said...

Salm Tun..Liza kalau tgk rendang ni mst dok teringat kat pulut kuning...bila la nak membuatnya...

Zaliedana said...

Assalam kak tun,sedap kan ayam resepi CMG nih,sy suka resepi nih,hubby pon suka,kira dah 2kali dah la wat resepi ni..Nmpak yg akak punyer pergh sgt2 sedap kak,siyes nih kak,mmg nmpak sodap..

quinnie said...

kaktun saya baru je buat semalam rendang ni..hehehhe

izahdaut said...

wowww..rendang kak tunn nampak best... saya nyer dah pinis... sedap kan. mmg keeper la

Juwita Jamaludin said...

salam kak tun.. rendang ni ramai yangdah cuba ye.. nanti boleh la ita cuba plak..:) nampak menyelerakan

Rabiatun Adawyah said...

Sari Yusa Ibrahim: Sampai JB yer..hihii...mekasih :)

Liza: W'salam. Memang Tun mkn ngn pulut kuning..sbb hb gemarkan pulut kuning bersama rendang..hihihi

Rabiatun Adawyah said...

Zaliedana : W'salam. ooo...samalah hb kita ehh..hihihi..tq bg idea masak rendang si..sodap..hihihi


Quinnie : sedap tak Q? :)

Rabiatun Adawyah said...

Izah Daut : udah pinis yer...tqvm bg idea memasak rendang ni..sodap..hihihi

Rabiatun Adawyah said...

Juwita: W'salam dear! cubalah Ita..hihihi...ni dah dekat nak raya i..akak mmg dah cop nak buat rendang ni..hahaha...

wany87 said...

salam kak tun..thanks fr da recipe..sedap sgt..saya xpndai lgsung wat rendang tbe2 tunang req nk mkn rendang aym yg sy masak..Alhmdulillah lps sy google,sy brjaya jmpe recipe akk ni n dpt rs mcm kt kdai..caya laa kak..tunang ske sgt2..Alhmdulillah n thanks to akk..keep it up! :) (wany 87)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...