Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, July 4, 2011

KUIH KASWI LABU



Assalamualaikum

Mintak maaf awal2 lagi yer...dah beberapa hari tak masuk rumah..bukannya tak rindu tau...rindu sesangat pada semua..Tetapi oleh kerana kesihatan Tun tak berapa nak ok sejak beberapa hari lepas membataskan segalanya. Nasib baik juga segala order last week ditarik balik oleh tuan empunya diri.. Tun tak marah pun, mungkin itu juga adalah kebesaran Allah swt yang Maha Mengetahui kemampuan diri Tun untuk menyiapkan semua order tersebut. Tun percaya pada ketentuan Allah swt...adalah hikmat disebalik semuanya tu.

Sakit di bahagian tulang belakang sebelah kiri yang menyukarkan untuk Tun bernafas dan juga membuat segala kerja rumah tersadai..huhuhu....Hanya Allah sahaja yang tahu..
Setelah 2 hari bertahan, hubby tanpa berlengah bawa Tun ke klinik..Mula2 Tun nak bertahan sendiri dulu, tapi makin lama, makin sakit pula. Doc cakap muscle pain dan juga akibat gastric yang teruk.....Alhamdulillah, dengan pain killer, ubat gastric dan juga cream sapu yang panas, keadaan Tun bertambah baik. Hari ni, kalau Tun tarik nafas dalam2 masih lagi terasa sakit di tempat tersebut. Insya-Allah, moga2 Allah swt memberi Tun kesihatan yang bertambah baik..Insya-Allah..Amin...
Oleh kerana Mr. Hubby begitu sibuk last Friday, pukul 6pg baru balik, then..on Sunday beliau ada Seminar pula dari pagi hingga ke lewat petang, kemudian ada janjitemu dengan contractor pula lepas Maghrib. Pukul 10mlm baru sampai rumah..Memang Tun dan anak2 dah tidur dan tak sedar pun dia dah balik rumah..huhuhu..Jadi, barang2 dapur boleh kata memang dah surut. Alhamdulillah, pagi ni Tun dah sihat dan agak bertenaga..Dah boleh bangun awal pagi dan sediakan breakfast untuk anak2 dan juga hubby. Selepas siapkan Muqri dan bersarapan, Tun bawak pergi pasar pula.. Pasar ni agak jauh dari rumah, dan tak pernah Tun pergi sorang tanpa hubby ...area Wangsa Maju berdekatan dengan Royal Selangor. Suka pergi sini, tapi yang tak larat sebab terlalu sesak dengan orang..huhuhu....
Okies, berbalik kepada kuih Kaswi Labu ni..Wallahhh..memang sedap betul. Anak2 Tun semuanya suka..Kiranyahabis dimakan..Tak sangka pula dorang menggemarinya. Tun ambik resipi dari rumah Mas dan sekodeng juga kat rumah Izah. Resipi asal dari Kak Fida. Terima kasih semua..

Kuih Kaswi Labu 
Resepi : Kak Fida
Sumber : Izahdaut dan Mas Duniaku

Bahan untuk 1/2 adunan :
    * 250 gm labu - dikukus 
    * 250 gm gula pasir- Mas ikut Izah letak 200gm 
    * 250 ml santan 150 gm tepung ubi - Mas ikut Izah letak 100gm 
    * 150 gm tepung gandum - Mas ikut Izah letak 200gm 
    *  25 gm tepung jagung 
    *  350 ml air 
    * 1 sk garam 
    *  3 helai daun pandan 
    * 1 sk air kapur 1 sk pewarna kuning - izah tak letak 
    *  1 sk vanilla - izah tak letak kelapa parut (putih)
Cara membuatnya :

1). Labu dikukus dulu dan dilecek
2). Santan, gula, garam & daun pandan dimasak hingga larut
3). Bancuh tepung2 dgn air & tuangkan santan panas dan masukkan semua bahan yg lain & ditapis
4). Dikacau rata dan tuang dlm loyang atau bekas2 kecil yg disukai
5). Kukus hingga masak (lbh kurang dlm 1/2 jam tapi kalau acuan kecik kurang sikit)
6). Kaswi dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dikukus dulu dgn sdkt garam.

* Tun tak tapis, terus ajer tuang dalam loyang sbb Tun suka ada labu yang kurang hancur tu..

7 comments:

che'iza said...

Alaahai... siannyer kakakku sorang ni... Kalau tak berapa sehat lagi pilah rehat dulu kak.... Jgn paksa sangat badan tu kak... nak pakai lama...

Tapi dlm sakit2 tu kaswi akak mengancam tul......

izahdaut said...

dengar mcm serius je kak tun? dah cek bebetul ke? rehat n jgn stress ye kak..

kaswi ni saya pun sukeee sangattt. memang best kenyal2 goyang2 manja tuuu..sedap

ijayuji said...

Salam kak tun cayang, alahaiiii, rehat jer lah dulu kak, keadaan tak mengizin kan kan, blog ni tak pe lupakan sekejap kesihatan yg penting tak BW pun tak pe kita org memahami, semoga kak tun cepat sihat seperti sedia kala n segala urusan akak dipermudahkanNya insyaAllah! kita baru beli labu kak, tgk berkira kira nak buat talam labu atau kaswi labu ni hihihi...

Rabiatun Adawyah said...

Che'iza: betul tu Iza, selalu ingat kata2 keramat tu..~nak pakai lama~..hehehe...

mekasih...dah sihat sikit, kena bangun jugak Iza..nak2 klu dah weekdays...

Rabiatun Adawyah said...

Izah : itulah Izah...risau juga takut symptom penyakit lain ..Nauzubillah, mintak dijauhkan..

sedap, kan Izah...kenyal2 goyang inul lagiks..hehehe...terima kasih..

Rabiatun Adawyah said...

Ijayuji : W'salam..terima kasih Ika..Mudah2an ..Allah swt permudahkan segalanya.Amin.
Luv u all...kawan2 tersayang.. :)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun...
x sihat ker? banyakkn rehat tau... moga tun cepat sembuh...

kuih nie dah lama diana ngidam nak makan.. bila ler nak datang seru membuatnya nie... sedaaapnya tun kuih tu... geram tgk tau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...