Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, July 5, 2011

NASI GORENG HIJAU

Assalamualaikum

Selamat pagi semua...pagi ni alhamdulillah, terasa bertambah segar badan ni. Terima kasih semua yang telah sudi memberi sokongan dan juga nasihat kepada Tun di N3 sebelumnya.. Hanya Allah swt yang dapat membalasnya. Luv u all.
Okies, memandangkan pagi ni Tun dah bertambah sihat, dah boleh bangun awal seperti biasa...Nasi Goreng Hijau ni menjadi santapan utama pada pagi ni di samping French Toast. Resipi asal dari Kak Ita sayang from Masam Manis. Wallahhhh....sedapnyer betul nasi goreng ni..walaupun ianya simple dan agak mudah disediakan, namun rasanya tetap membangkitkan selera. Aroma cili hijau dan juga belacan turut membuka selera...rasanya tak rugi mencuba resipi ni. Sedap...
Insya-Allah, boleh la Tun buat lagi. Terima kasih tak terhingga buat kak Ita yang berjiwa seni dan kreatif. Suka sungguh... ^__^

NASI GORENG HIJAU
resipi : Kak Ita Masam Manis
sumber : Rabiatun @ Sweettouch

4 cawan nasi sejuk - diperoi
2 biji telur - dikocok
1 gengam ikan bilis - digoreng
1 kiub ikan bilis

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
6 biji cili hijau
4 biji cili padi hijau
1 inc belacan

1). Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang di kisar sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan kiub ikan bilis biar ia garing sebentar.
2). Kemudian ketepikan sedikit semua rencah ketepi kuali dan buatkan lubang di tengah, masukkan telur, biarkan keras sebentar barulah di hancurkan dan digaul semula dgn perencah tadi hingga rata.
3). Masukkan nasi dan garam. Kacau hingga masak dan rata. Akhir sekali tutup api dan masukkan ikan bilis. 4). Kacau rata. Siap untuk hidangan.
Jom bekpes sama...

12 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam menarik dan sungguh menyelerakan negok nasi grg hijau ni...ank akk suka ni....
kebetulan lama dah x but nasi grg...leh lah try resepi ni

Anna Qawina said...

rasa macam nk buat je...eh..mkn sini dulula bg kenyang...

ijayuji said...

Salam kak tun!! dtg sini bwk pingan ksong sambil tadah niii hihhii... sedap ni kak, masuk list! kak anaa tu pandai lerrrr kata nak buat kalau mkn kat sini perut kenyang dah tak buatlah ler tuuuu wakakaka...taktik nk makan kat sini :P

zarin said...

sedap nihh...esok esok nak wat gak lah hihi

Rabiatun Adawyah said...

K. Sheila : W'salam..cuba lah kak..sedap betul walaupun bahannya simple.. ^__^

Rabiatun Adawyah said...

Anna : hihihi...try la Anna, best...nak makan sini pun boleh..ada lagi ni..cukup untuk Anna..hihihi..

Rabiatun Adawyah said...

Ijayuji : W'salam Ika..boleh sayang..ada lagi ni..boleh share ngn Anna..hehehe...

Rabiatun Adawyah said...

Zarin : cubala...sedap ni tau..hihihi..ala2..nasi goreng kp, tapi lebih simple.

HaSue said...

Terasa2 kesedapannya kak tunn...mesti ada aroma cili hijau tu semua kan...sedappnyaaa

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun..
Alhamdulillah tun dah beransur sihat... :)
tun... nasi goreng tu nampak menarik... nampak sedap ler tun..

Rabiatun Adawyah said...

Hasue : betul tu Sue, aroma cili ijau tu..sedap..hhihihi...terlupa pula yg Sue juga suka cili ijau..hihihi..

Rabiatun Adawyah said...

Diana: Alhamdulillah, dah beransur baik dah...Syukur..

Sedap juga nasi goreng ni..Insya-Allah Tun nak buat lagi, sbb anak2 sukakannya..terima kasih buat kak Ita. Cubala..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...