Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, July 13, 2009

Jom Bekpes..Lapis Roti Berdaging Kak E

Jom kita breakfast sama2. Ni buat last night, bawak sikit untuk MIL malam tadi. Resipi ni biasa ku buat sebab anak2 memang sukakannya. Resipi dari Kak E MyR. Thanks Kak E sayang kerana sudi shared this, really tasty. Tun nak mintak izin C&P resipinya kat sini ye akak.
Kepada sesiapa yang nak mencubanya, bolehlah tengok resipi seperti kat bawah ni:

Lapis Roti Berdaging

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
  • 3 biji kentang di potong dadu (aku suka guna ubi keledek)
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telor
  • secubit garam
  • Parutan cheese (banyak ikut suka)
  • Sedikit margerin untuk melenser
  • 2 pokok daun sup dan daun bawang (aku tambah)

Cara-cara

  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang ku tambah)
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (aku tak ramaskan pun, just guna garfu carik2kan).
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos
Ini yang baru dibake, panas2 lagi tue.
Kali ni aku guna slice cheese je sebab cheese for pizza sudah habehh..sebab tu licin elok je tak macam kalau kita guna Parmessan atau Mozarella cheese..kalau tak mesti nampak cam garing2 sikit kat atasnya.
Tunggulah, this weekend baru nak pergi beli lagi. This week memang sibuk, tak sempat nak jengah bakery shop.


Ini yang telah di potong pagi ni. Jom kita mamam...

2 comments:

eicah said...

adoyay..sedap nyer..cmne nak buat ye?

Rabiatun Adawyah said...

hi eicah..nanti jenguklah umah kita ni lagi ye..belum berkesempatan nak link kan resipinya..harap sabar ye. tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...