KASWI PANDAN
Resipi Asal : Asmah Hashim
Dicuba oleh: Rabiatun @ Sweettouch
Bahan2nya:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawang gula- kalau nak manis tambahlah lagi
2 cawan air
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 sudu pewarna hijau
1 sdt garam
1/2 sdt kapur
Caranya:
1). Semua bahan disatukan dan blend halus. Kalau tak blend kenalah tapis ya
2). Kukus selama setengah jam atau sehingga masak.
3). bolehlah di makan bersama kelapa parut yang telah dikukus terlebih dahulu agar tahan lama..
7 comments:
as-salam
cantiknye warna kuih kaswi tu..one of my wife favorite kuih..
Salam Tun. Lepas bbuka pose ni, sedap kalau dapat seketul....
Waaaa....cantek kaswi kaler hijau... nak seketol...
Salam Kak Tun..sedap tgk kuih kaswi tuu..yana mmg suka sgt kuih kaswi.. mkn letak kelapa byk2 mmg sedap ^_^
Ady : W'salam..tq sudi singgah. Tu pandan paste + sedikit pewarna hijau epal.
Along : W'salam kak cayang. tq sudi singgah kak. Boleh sangat kak..1 adunan ni dapat banyak juga..mmg puas makan.
K. Gee : boleh ajer kak..boleh try hihihihi..Nak kasi mesti dah selamat ni kak.huhuhu..tp kan Tun ada simpan esoknya beberapa ketul, letak suhu bilik jer..Alhamdulillah tak basi pun kak.
Yana : W'salam Yana. tq sudi singgah..Betul, sedap mkn ngn kelapa..tp anak2 akak suka mkn begitu saja..huhuhu..Tinggalla ibu ngn ayah dia jer mkn ngn kelapa..
Salam Tun..
Ni kuih fav anak akak Dalili, biasa akak buat yang hitam tu.. hihi nanti akak nak cuba resepi yang Tun share ni.. lama juga tak buat kuih kaswi..
terliur pulak jadinya..
W'salam kak Ita..ooo..sama la kak..Tun suka yang hitam tu...ni pertama kali buat versi lain dan rasanya memang berbeza dari yang hitam tu. Try la kak..mana tahu kot2 Dalili juga suka yg hijau ni pula.. :)
Post a Comment