Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, July 23, 2012

Iftar hari ke 3 Ramadhan

Puding karamel
Resipi : Alia@myresipi.com
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

Bahan untuk Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
* Tun tak kukus puding ni, tapi bakar di dalam oven seperti cara2 di atas.
* Tun tapiskan adunan yang telah siap dicampur ke dalam loyang sebelum di bakar untuk menghasilkan puding yang cantik dan licin serta tidak ada lubang2 pada puding.Insya-Allah.
 Puding ni manisnya dah sedang elok..tak manis sangat..pendek kata dah ok rasanya. 1 adunan ni cukup untuk 1 family yang tak ramai. Rasanya lemak2....sedap. Cuba la.
SELAMAT BERBUKA PUASA

5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

mcm menarik dan senang je nmpknya....bau telor sngt x? sbb anak sy klau bau telornya kuat...dah x nak mkn dah....

Cik Puan Izan✿ said...

puasa ni belum berkesempatan nak msk puding karamel lagi... nampaknya kena buat utk hari ni...dah ada pembakar semngat nih...

Rabiatun Adawyah said...

Asyifa : ada sedikit bau telur, sbb sy kurangkan esen vanila. mungkin Asyifa boleh letak 1/2-1 tsp esen vanila untuk mengelakkan bau telur.

Rabiatun Adawyah said...

CikPuan Izan: silakan..boleh kita bertukar2 idea, kan..

LinRosly said...

Assalamualaikum Adi;
Salam Ramadhan;
Semalam baru Kak Lin buat puding Karamel tapi tak sempat ambil gambar dah nak berbuka...sedap3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...