Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, July 30, 2012

Iftar hari ke 4 Ramadhan

 Assalamualaikum..Selamat Berpuasa.. Minta maaf banyak2 lambat betul nak update. Kesian kenkawan yang duk komen kat fb nun..Kesibukan mengukis dan jadual harian agak membataskan Tun untuk terus mengupdate blog kesayangan ni. Apapun Tun akan cuba..insya-Allah..Wish me luck ya! :)
 Meh layan tiramisu yang Tun buat untuk dijadikan dessert berbuka pada hari ke 4 berpuasa ni. Kali ni Tun buat Kiwi Tiramisu. Resipi yang pernah Tun post dulu...boleh tengok sini yer. Cuma kelainan sedikit Tun tambah Mascarpone Cheese. Kes nak habiskan cheese tu sebenarnya. Lagi 1 Tun just guna whipping cream sepenuhnya dan tambah sedikit gelatin powder pada adunan cheese.
 Alhamdulillah ramai yang dah cuba resipi  yang tak seberapa ni..terima kasih banyak terutamanya Kak Nor yang tak jemu ulang tayang dr resipi Tun yg tak seberapa ni..begitu juga kak Azlita yang turut sama mencuba. Tak lupa juga pada kenkawan lain yang pernah mencuba..maaf bebanyak, mungkin Tun dah terlepas pandang..Terima kasih banyak diucapkan.

Blueberry Tiramisu
by: Rabiatun

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

Note Rabiatun:
* Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas.
* Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
* Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.
* Sesuai dengan strawberry, kiwi, orange, mango dan sebagainya.
SELAMAT BERPUASA

2 comments:

Airis Tihani said...

salam kak, nk tanya sukatan tbsp tu ape?

rabiatun said...

W'salam. tbsp tu ikut sukatan metrik...iaitu 'table spoon" manakala tsp singkatan bagi "tea spoon". boleh guna sudu makan, tapi mungkin sukatannya kurang tepat sbb sudu mkn disukat ikut penuh membumbung ataupun rata sudu tersebut. Lebih selamat dapatkan sudu sukatan ni di pasaraya ataupun dikedai menjual bahan2 kek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...