Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, January 23, 2011

Blueberry Tiramisu


Salam dan selamat malam, sebelum tutup tirai malam ni..nak letak dulu resipi Blueberry Tiramisu yang dibuat petang tadi untuk dijadikan sebagai dessert dinner. Tadi wat lebih dari 250g cream cheese..tu yang dapat 1 cup x'tra ni.


Dah lama duk sekodeng resipi tiramisu, sebab tengok2 masih ada 2 peket biskut lagi duk tersadai dalam gobok kat baking room..hasilnya buat ajer apa yang ada kat dapur..bahan2 balance dari wat cheesecake order last Friday.
Blueberry Tiramisu
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.

4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

This one is for me.

Note Rabiatun:
* Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas.
* Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
* Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.
* Sesuai dengan strawberry, kiwi, orange, mango dan sebagainya.


Perbezaan WHIPPING CREAM dan juga WHIPPED CREAM

Sesiapa yang masih keliru dengan kedua2 ni boleh rujuk sini. Tun copy paste dari blog kak Wan. Minta izin yer kak Wan.


Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 

1. Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 
Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.

2. UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

Kandungan : Pepejal susu
Tekstur : Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.


UHT - Ultra High Temperature


11 comments:

~Norul Mas Hana ~ said...

salam...wah..nasib tak pregnant..kalo tak, ngidam nihh..haha

Rabiatun Adawyah said...

Salam Norul, tak pregnant pun apa salahnyer..yer dak? hihihihi...

MekNa said...

sedapnyaaaa

Judiene said...

Apa beza whipped cream dengan whipping cream?
Bole tolong emelkan jawapan ni tak sebab saya jarang2 online.
TQ.

wmiwm89@yahoo.com

Rabiatun Adawyah said...

MeknaBlog : terima kasih..

Judiene : boleh, nnt sy emailkan yer. Welcome ^__^

Linda said...

salam. gula icing tu shifted ke sifted ye? kalau anda maksudkan ayak, rasa2nya sifted. maaf kerana tegur, cuma takut ada salah faham =)

Rabiatun Adawyah said...

betullah tu..typo error..sbb selalu guna words shifted dlm kerja2 kat off.jd jari jemari laju jer type.
thanks..

ann said...

wah... nampak sedapnya tiramisu nih... bleh try.. mekasih sbb sharing resepi nih.. sharing is loving ye tak..

ann said...

wah... nampak sedapnya tiramisu nih... bleh try.. mekasih sbb sharing resepi nih.. sharing is loving ye tak..

Anonymous said...

Salam tun,tnx 4 sharing..akak adalh slh sorg yg sllu keliru bila nk cari whipping n non dairy whipping cream..

Happy Family said...

salam....akak, sya nk tnya....biskut 2 klu x celup pn ttp lembut ka time mkn????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...