Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, February 14, 2012

SUPER FUDGY BROWNIES

Assalamualaikum..Hari ni Tun takde mood nak citer panjang..ekekekekee...Meh layan Brownies sedap ni. Resipi asalnyer oleh 
Martha Stewart tapi telah diolah oleh Kak CT. Hari tu nampak Kak Nor tayang, tu yang buat terguda nak try..Terima kasih semua..Muahhh..muahhhh...

Apapun, brownies ni memang sedap..nak buat pun mudah tau...tak sampai 20 minit dah siap godeks...Tun guna loyang 10"x10" juga ikut Kak CT..Bakar selama 25 minit. Sukatan untuk gula, Tun ikut Kak Nor..Mekacih kak..cayang dia..muahhh..

SUPER FUDGY BROWNIES
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT
sumber: K.Nor

Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips (Tun lupa nak tabur. Tun letak Choc. rice jer)
Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)

* K.Nor hanya guna 200gm gula perang dan bakar dgn suhu 170C. (Tun ikut )
Jom kalau nak rasa..ada lagi ni..

* Maaf tau sebab Tun belum berkesempatan nak reply semua komen dari kenkawan tersayang..Jasa baik dan sokongan semua amatla Tun hargai..Mekasih..muahh...

4 comments:

CT Delima said...

As'salam Tun

Sedapnya...bila tengok kawan2 buat telan2 air liur jer, sebab masih terasa2 lagi kesedapan brownies ni. Tr kasih Tun sebab mencuba ya :)

norlieharumaini said...

sedapnya....

kakna said...

terpikat tengok..
bilalah nak cuba ni.

Rabiatun Adawyah said...

Kak CT : W'salam kak cayang..tqvm juga resipinya kak..memang sedap..jap gi nak godek utk mom..esok mak nak dtg..ekekek..tq kak

Norlieharumaini: mmg sedap ni..cuba la..


KakNa: try la kak..senang dan cepat..godek ler kak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...