Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, February 24, 2012

Kerisi Goreng Berempah

Assalamualaikum...hari ni Tun letak N3 Kerisi Goreng Berempah. Resipi dari Kak DJ tapi Tun kopipes dari dapur Kak Nor. Sebenarnya dah lama masak ni, tapi baru berpeluang letak sini. Harap maaf. Masakan ni memang sedap..Tun suka isi ikan kerisi, tambah pula dengan adanya rempah bersalut, lagilah kan...

Terima kasih buat Kak DJ di atas resipi ni dan juga Kak Nor yang buat Tun terasa nak mencuba..TQVM :) Kalau anda tiada idea utk masak lunch hari ni, boleh cuba yang ni..senang dan ringkas...jimat masa :) Tuan tanah out dulu yer..Salam Sayang...Daaaaa....
KERISI GORENG BEREMPAH
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : Kak Nor Secubit Garam


Bahan-bahan :
4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan cili serbuk
garam secukup rasa
1 tangkai daun kari

Cara-cara :
Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.
P/S :Terima kasih buat yang sudi singgah dan juga yang sudi jadi follower walaupun tuan rumah agak jarang2 post N3.. dan kepada kenkawan yg sudi memberi komen dan tinggal jejak kat sini, amat Tun hargai. Insya-Allah, Tun akan reply juga nanti. Terima kasih u all..lebiuuu...

4 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Tun..nampak simple ni...Tapi pasti sedap kan...ada masa nak cuba jugalah....

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun...
aduh!! ikan d goreng mcm nie mmg sedap sesangat kan tun... kalau diana ratah jer kekdg.. hehehe

Rabiatun Adawyah said...

Sue : W'salam dear. try la..sedap memang meresap kat dlm isi ikan tu.. :)

Rabiatun Adawyah said...

Diana: W'salam dear comey, betul Diana..sedap buat ratah gitueww ajer.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...