Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Saturday, February 4, 2012

PUDING BELANG

Assalamualaikum..monink...moninkkkk semua...Pagi ni Tun nak post Puding Belang yang Tun buat masa mula2 Izah Daut post kat FB sebenarnyer nih.Kes tergoda Puding Belang Izah, bahan pun senang..teruslah boleh digodek..ekekeke..Cuma Tun buat tak guna koko atau choc emulco..Tun gantikan dengan Strawberry Emulco..sedap gak...dan Tun kurangkan sedikit gula..

Apapun meh layan layan Puding Belang Stoberi nih..Terima kasih banyak Kak Jun, Izah dan juga Kak  Yatie..Kalau nak tengok versi coklat tu boleh singgah rumah depa no....
PUDING BELANG
resepi: kak Jun
sumber: kak Yatie dan Izah


Bahan-bahan
10gm serbuk agar2
200gm gula
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sb serbuk koko dibancuh dengan sedikit air (kak jun guna coklat emulco)
sedikit pewarna kuning  - Tun tak letak
* Tun gantikan chocolate emulco atau serbuk koko dengan Strawberry Emulco serta sedikit pewarna pink
* Tun letak 170g sbb guna strawberry emulco, klu guna serbuk koko, rasanyer dah ngam 200g gula ni untuk diseimbangkan dengan kepahitan koko tersebut..Wallahua'lam
Cara-cara
  1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  2. Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  3. Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  4. Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula adunan koko dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

*boleh diubah warne dan perasa mengikut kesukaan

8 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam ..ada puding belang cantik warnanya..sdp ni suka puding yg besusu

Rabiatun Adawyah said...

W'salam..terima kasih kak..tun pun suka jugak.. :)

liemaopurut a.k.a ana said...

nampak sedap....kalau buat ni memang bole menarik minat budak2 makan sebab kaler nye amatlah mengujakan....oppps bukan budak2 ajer....mak bapak budak pun akan suka..

AZLITA AZIZ said...

cantik Tun...
nampak sedap! pulak melihatkan warnanya yg lembut tu rasa macam nak cuba sekarang jugak!

Rabiatun Adawyah said...

liemaopurut aka Ana..Betul Ana..sekejap jer dah habih :)

Rabiatun Adawyah said...
This comment has been removed by the author.
Liza said...

rasa sejuk jer lalu kat tekak ni...akk dah bawak piring kosong ni, ada lg tak?

Mas said...

cantiknya puding tu kak tun...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...