Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, February 27, 2012

SUP AYAM BEREMPAH

Assalamualaikum...Hari ni Tun nak post resipi Sup Ayam Berempah resipi dari Kak CT. Sebenarnya dah lama try resipi ni semasa mula2 kak CT post kat FB dah berkenan..ekekeke..Maaf yer baru nak letak pula.
Terima kasih banyak buat Kak CT yang berkongsi resipinya. Memang sedap juga sup ni..wangi penuh rempah..Wallahhh...Jom tengok resipi dr Kak CT ni...

Sup Ayam Berempah
Resipi : Che CT
Tried by : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan :
1 ekor ayam ayam - potong kecil
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia *
Sedikit kunyit hidup *
1 sudu kecil lada hitam biji *
1 sudu kecil jintan halus * ( bahan bertanda * blender halus)
1 sudu besar rempah sup - bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar rempah kurma - dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati ayam knorr
3 biji kentang - potong baji
2 batang carrot - potong baji
1 batang daun salary - potong kecil
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 buah pelaga
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa jika suka
Daun sup/bawang
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara :
1. Ayam dibersihkan dan tos airnya.

2. Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk dan masukkan rempah tumis kacau sekejap, kemudian masukkan bahan yang diblender dan kacau lagi hingga naik bau.

3. Masukkan air dan ayam tadi. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan kentang dan carrot serta kiub ayam berserta rempah sup dan rempah kurma. Kacau sekejap dan tutup periuk.

4. Setelah ayam kentang dan carrot empuk, masukkan daun salary, garam dan sedikit serbuk perasa jika suka. Kacau sebentar dan perasakan jika sedang elok boleh matikan api dan angkat.

5. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih atau boleh juga dimakan bersama menu pilihan. Selamat mencuba.

9 comments:

CT Delima said...

As'salam Tun


kecur2 lah pulak tengok sup berempah ni, kalau badan yang tak sihat dapat hirup2 sup macam ni rasa segar jer. nak suh simapn dah habis ya..hihi

terima kasih ya Tun sudi mencuba resipi sup ni, k.ct hargai sangat2 :)

Gee® said...

Sedapnya hirup sup ayam....nyam nyam...

Sari Yusa Ibrahim said...

cicah roti perancis sedap ni...

Mas said...

srupppppp......
best hirup sup panas2....he3

Chik Mimi said...

Memula kawen dulu akak garu pale sbb tak gheti nak makan sup ayam ,sbb selalunya family akak sup tulang daging je heheeh sekarang ni sup ayam ler menu kalau nak cepat

Liza said...

salam tun...nmpk pun dah tau sedap, mkn pulak ngn sambal kicap...perggghhhh

IeRA said...

Salam..

menyelerakan.....

LinRosly said...

Assalamualaikum Tun..

Apa Khabar? Sup Ayam berempah...sedapnya dah lama x masak sup Ayam ni...

Rabiatun Adawyah said...

Kak CT Delima: W'salam kak CT..tq juga kak..sedap sup ni :)

Kak Gee: Memang sedap kak..hihihi..wat hirup ni..ishhh..bukan main lagi..eheehe..

Sari Yusa : bagus idea..lain kali boleh wat cicah roti pula :)

Mas : Apa khabar Mas..sedap kan Mas..

Chik Mimi : betul kak..menu mudah dan cepat..boleh jimat masa di dapur..heheehe...

K.Liza: W'salam..pelengkap kan..sambal kicap tu.. :)

Iera: W'salam..tqvm :)

Kak Lyn Rosly : W'salam..Alhamdulillah...Boleh buat lagi tue :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...