Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, September 26, 2011

Timun Betik

 Assalamualaikum...maafkan kiter yer..terasa lama plak tak mengupdates...ni pun menu dan N3 tertangguh ni. Tak berkesempatan nak letak N3 ikut masa..Banyak juga gambar2 yang masih belum diupload..huhuhuhu....

Pernah dengar timun betik tak? Atau pernah makan? ihihihihi...Sebenarnya Tun pernah merasa sekali, itupun dah lama dulu ler. Hari tu balik beraya kat kampung hubby, (seminggu lepas raya sebab MIL dan FIL ke Mekah dan beraya di sana) FIL beri buah Timun Betik ni untuk dibawa balik ke KL..Banyak betul..siap pass kat jiran2 terdekat. Tun tak arif sangat mengenai buah ni..cuma apa yang pernah Tun makan just dibuat dessert mudah ajerlah...samada dimakan dengan santan bersama gula atau air gula Melaka..Ada juga dibuat jus.



Sebenarnya buah ni takde rasa pun..just tawar ajer..Tapi bila digandingkan dengan santan dan gula, sejukkan..mulalah tak stop sua ke mulut dibuatnyer..hihihi..

Dessert Timun Betik
by Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
1 biji Timun Betik saiz kecik
2 cawan santan sederhana pekat
gula @ air gula Melaka (ikut suka nak banyak mana)
secubit garam (untuk menambah rasa lemak)

Cara:
1 ). Cuci buah timun betik. Kupas kulitnya dan potong kiub. Isikan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
2). Bancuh santan, garam dan gula. Kacau hingga gula dan garam hancur.
3). Tuangkan ke dalam mangkuk berisi timun betik tadi. Sejukkan seketika sebelum dinikmati.

5 comments:

..::tarabozu::.. said...

1st tengok.. selama ni pernah dgr je nama psl buah ni.. tp cam sedap klu makan lps keluar dr peti ais..

POSH76 said...

sedap!!

POSH76 said...
This comment has been removed by the author.
Rabiatun Adawyah said...

tarabozu: sedap Zue..lemak2..hihihi..

Rabiatun Adawyah said...

Posh76 : tq :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...