Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, September 23, 2011

JANTUNG PISANG MASAK LEMAK IKAN BILIS

Assalamualaikum...
Hari ni Tun agak bizi kerana nak siapkan order wedding cake dan juga cupcakes..Jadi, Tun masak menu simple ajer untuk lunch merangkap dinner sekali. Alhamdulillah, siap juga hidangan untuk mengisi perut kami anak beranak. Ayam goreng simple, Jantung Pisang celur + Sambal Belacan dan juga Budu dannnn...Jantung Pisang Masak Lemak Ikan Bilis. Jantung pisang lagi..ekkkk...hiihihih...Minggu jantung pisang..hehehehe...
Hasil campak2 ajer ni..ikut apa yang pernah dirasa kat mulut..masakan yang pernah dimasak oleh Mom Tun..Jadi Tun main campak ajelah..Alhamdulillah, dah siap masak dan rasanya kena dengan selera Tun.. Tak sedar dah sepiring Tun duk ratah..hihihi... Meh tengok resipinya pula.

Jantung Pisang Masak Lemak Ikan Bilis
resipi oleh : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
1 biji jantung pisang
* 4 ulas bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1 " kunyit hidup
* 1 biji cili merah
* 6 biji cili api
* sedikit belacan
1 mangkuk kecil ikan bilis ~ kopek (Tun guna yang halus)
1/4 kiub pati ikan bilis Knorr
2 cawan santan cair
100 ml santan pekat
Garam dan sedikit gula
Cara:
1). Buang kelopak jantung pisang yang keras. Hiris dan rendam jantung pisang bersama sedikit garam selama 30 minit. Ramas2kan.
2). Tumbuk bahan bertanda (*) hingga lumat. Kalau suka, tumbuk2 manja ikan bilis bersama bahan tumbuk tadi tu. Kalau tak tumbuk pun takper
3). Masukkan jantung pisang yang ditoskan ke dalam periuk bersama santan cair, bahan tumbuk dan pati ikan bilis. Didihkan hingga jantung pisang lembut. Sesekali kacau kuahnya.
4). Apabila jantung pisang dah lembut, masukkan santan pekat, garam dan sedikit gula. Jika tak suka kuah pekat boleh tambah sedikit air, atau sebaliknya. Didihkan. Sedia dihidang..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...