Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, September 26, 2011

Jom Minum Petang...

Assalamualaikum...Selamat petang.. Tengah menikmati minum petang ker tu? Kalau belum, meh la sekali..Goreng Pisang panas2, hidangan kami petang ni..

Resipi Goreng pisang rangup ni Tun ambik dari rumah kak Dayang. Rangup tau, walaupun ianya cuma guna tepung gandum ajer. Macam kata kak Dayang, walaupun ia dah sejuk, tetap rangup tapi lembut bukannya rangup tapi keras..hihihi...Mekasih kak..izin kopipes yer kak....:)

Pisang Goreng Rangup
resipi : Kak Dayang Jack
sumber: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan :
Pisang secukupnya (cth pisang abu : dibelah dua)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
1 sudu makan gula (optional)
3 sudu makan kelapa parut
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara :
  1. Satukan tepung, baking powder, garam, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit di dlm bekas yg agak besar. Ratakan.
  2. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan. 
  3. Masukkan pisang yg telah dibelah dua tadi ke dlm batter dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
  4. Panaskan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng.
  5. Gorenglah pisang hingga masak keemasan.
Tips dari Kak Dayang:
* boleh juga letak sedikit baking powder jika suka.
* campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.

4 comments:

Mas said...

memang best resepi kak dayang ni kak tun..
rangupp jerk kan..

Rabiatun Adawyah said...

Mas: best..rangup..hihihi..Mas dah try yer... ^___^

Liza said...

Liza xpernah try lg resepi ni,tp mmg nmpk sedap..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun...
wah tadi nampak kat fb tu mmg tergoda tgk tau... dah lama x makan pisang goreng... mmg nampak rangup pisang goreng nie tun... sedapnyaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...