Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, July 20, 2011

RENDANG AYAM PEDAS

Assalamualaikum.... ni menu last Friday yer...last weekend sibuk sangat, jadi tak sempat nak masukkan N3nya..huhuhuhu...Layan gambar jelah jawabnyer nih...huhuhu...

Resipi asal dari Kak Ayu S'pore. Sedap juga rendang ni tau. Tun cuba sebab Tun tengok ianya rendang yang mudah untuk disediakan. Tun gandingkan dengan Nasi Ketumbar. Citernya camni, oleh kerana last Friday tu agak sibuk juga sebab kena pergi sekolah Nabil belah petangnya dalam pukul 2.30 ptg. Jadi kerana nak cepat, Tun cari resipi yang mudah dan cepat disediakan. Alhamdulillah pula, mr. hubby yang balik sembahyang Jumaat kat Masjid area sekolah Nabil, jadi Tun tak perlu pergi, lagipun Tun kena sediakan cupcake untuk order pada hari tu. Alhamdulillah...Jadi selepas menunaikan solat Jumaat tu hb terus ke sekolahnya pula.
Sempatlah hb lunch kat rumah bersama2 dengan kami. Nasi Ketumbar dan Rendang Ayam Pedas ni menjadi hidangan kami hari tu. Alhamdulillah, semua ahli keluarga suka dan waallllaaahhhhh...sedap!.. ^___^. Terima kasih Kak Ayu di atas resipinya ni. Izinkan letak resipi di sini pula yer. Terima kasih...


Rendang Ayam Pedas

Sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Ingredients:- 
1 ekor ayam dipoton ikut suka
1 packet santan kara + 500 ml air
2 helai daun limau perut
2 helai daun kunyit disiat
2 keping asam gelugor
2 sudu besar kerisik
garam & serbuk preasa secukupnya

*segenggam cili padi
*2 biji bawang besar
*1 inci halia
*5 biji bawang putih
*2 batang serai
*2 inci kunyit hidup
(*bahan kisar)

Method:-
Masukkan bahan2 *kisar bersama santan, asam gelugur dan daun limau perut.
Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
Masukkan kerisik dan daun kunyit tadi dan perasakan dengan garam & serbuk perasa secukupnya.Kacau dan biarkan sekejap.
Terpulang nak rendang tu berkuah masak sekejap aje kalau nak kering masak 
sampai kuahnya pekat.


    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...