Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, July 19, 2011

DAGING LADA HITAM BERCAJUN


 Menu lunch tengahari ni...Daging Lada Hitam Bercajun..resipi dari Kak Nor Comeyyy...hihihi..Jangan marah kak, kang merah muka kang..hihihi.. 

Alhamdulillah sedap juga..sebelum ni ada cuba jugak resipi Daging Lada Hitam resipi kak Nor jugak, cuma kali ni ada kelainan sedikit dari segi rasanya sebab ada penggunaan cajun. Walau bagaimanapun, rasanya tetap sedap. Mekasih kak Nor. Izinkan Tun share resipinya kat sini pula yer Kak Nor..Mekasih...

DAGING LADA HITAM BERCAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
  • 200gm daging batang pinang ~ dihiris nipis dan toskan 
  • 3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang 
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong baji 
  • 1/3 bj capsicum hijau dan merah ~ dipotong panjang 
  • 1 bj tomato ~ dihiris 
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar 
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar kicap manis 
  • 1/2 sudu besar cajun 
  • sedikit garam dan gula 
  • minyak
Cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 2 minit (guna api yg kuat). Angkat dan ketepikan. 
  2. Keluarkan minyak dr kuali dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar. 
  3. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada hitam . 
  4. Bila bahan tumisan dah wangi masukkan sos tiram, kicap manis dan cajun. 
  5. Kacau seketika dan masukkan bawang besar, capsicum dan tomato. 
  6. Kemudian masukkan daging, garam dan juga sedikit gula, kacau sehingga daging mesra dgn bahan tumisan. 
  7. Angkat dan hidangkan panas2.
Jom makan...

UPDATED: Di atas permintaan, sekali lagi Tun letak gambar Cajun ni buat rujukan semua yang masih lagi tercari2 benda ni. Cajun ni, boleh dibeli di pasaraya ataupun di Giant, Tesco, Carefour, Jusco dan sebagainya...di bahagian Herbs dan juga Seasoning. Insya-Allah ada. Lepas ni boleh la jenguk2 yer...semoga ketemu..insya-Allah.

Minta izin dari pakcik google letak picture Cajun ni untuk buat rujukan. Kredit buat pakcik Google  dan juga Kak Nor di atas ihsan gambar ni..


8 comments:

K.Nor said...

tq sudi cuba tun :)

LinRosly said...
This comment has been removed by the author.
LinRosly said...

Assalamualaikum Fie...

Kak Lin Tanya Kat Supermarket Sini Semua Tak Tahu Cajun Tu Apa. Ada Gambar Dia Tak? Atau Ada Nama Lain?

July 19, 2011 2:54 PM

Rabiatun Adawyah said...

Kak Nor : sama kasih kak..muahhhh...

Rabiatun Adawyah said...

Kak Lin: Ada dijual kat supermarket kak..biasanya kat bahagian rempah2 dalam botol. Klu anak nak tengok, boleh tengok kat N3 sy yang sebelum ni http://rabiatunsweettouch.blogspot.com/2011/07/cendawan-goreng-berempah-cajun.html

atau kat Categories "Ingredients" kat situ ada gambar cajun..mekasih kak lin

yanie anuar said...

sedapnya...ziarah n follow

che'iza said...

Dah macam surat berantai cajun nikan.... Banyak kuatlah dia punyer virus....

mawar merah said...

Assalam..saya pun masih tertanya2..rempah cagun tu apa? Teruk tul la saya ni..jauh tertinggal dah ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...