Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, July 10, 2011

LEMPENG PISANG OATS



~Assalamualaikum~

Ni breakfast pagi semalam yer...bukannya pagi ni..Semalam dah Tun cuba resipi variasi lempeng aka pancake menggunakan pisang dan oat pula ....dan bukan menggunakan tepung sebagai bahan utamanya.

Resipi ni dari CMG, dah lama juga dalam simpanan Tun. Bukan nak cakap per yer...lempeng ni sungguh sedap dan gebu. Kalau sesiapa yang kurang gemarkan oat, boleh cuba variasi lempeng ni yang mana oat digabungkan dengan pisang. Sedap dan wangi ajer baunya.. Cuma kena pastikan apinya perlahan, sebab dengan adanya pisang di dalam adunan, ia cepat hangus sikit...sedangkan adunan di dalam tu masih belum masak lagi. Nasib baik juga Tun berhati2 bab ni...kena cek tengok dulu..hihihi...
Oleh kerana Tun menggunakan rolled oat, jadi ianya lambat nak kembang apabila adunan direhatkan selama 5 minit. Dengan sebab ni, Tun tambah 4 sudu besar tepung gandum ke dalam adunannya. Alhamdulillah, menjadi dan sedap..hihihi..Still lembut lagi..Sukernyerrr...
Mintak izin share yer..cik Mat. Terima kasih banyak...Insya-Allah, lain kali akan dibuat lagi ...

LEMPENG PISANG OAT
resipi: CMG

BAHAN-BAHANNYA :
  • 250 gram pisang, dilecek halus
  • 200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
  • 1 cawan quaker oats
  • 3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
  • Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
  • Garam secukup rasa
  • Madu, untuk hiasan
  • Mentega, untuk hiasan
  • 3-4 tbsp tepung gandum (Tun tambah)
CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
  2. Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
  3. Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
  4. Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua

2 comments:

anymz said...

sedap menu ni utk b/fast kan tun?

Rabiatun Adawyah said...

Kak Anim: Alhamdulillah sedap kak.. ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...