Wahhhh...bersiaran lagi malam ni yer...Bermula dengan award dari Che'iza tersayang nun...Dah lama duk tengok award ni bersimpang siur kat blog kenkawan masing2..tapi kita takdelah ambik pusing...tak berkesempatan nak tengok.....Lagipun sibuk sikit weekend camni, kan..Tadi keluar rumah sejak pagi, jam 5.30ptg baru sampai rumah...Terus godek2 lauk untuk dinner pula..tak sempat nak bukakan pintu Rumah Kesayangan ni..Dah reda sikit, ternampak mesg. dari adik sorang ni suruh singgah rumah dia ambik award ni...Terima kasih banyak, ada juga yang ingat..... >___<
Memang sebelum ni, tak berkesempatan nak tengok apa kebendanya ni..hihihihi..cuma nampak kawan2 duk post, tapi tak sempat nak singgah dan tengok dengan detail. Apabila Iza, minta singgah rumah dia ambik award ni, baru dapat tahu yang siap kena tag lagi ni...Bukan sikit tau...kena cerita 7 perkara perihal diri kita...huhuhu...Apalaaa..yang nak ku tulis ni yer...huhuhuhu.... Sikit2 boleh ke ni...Boleh la ekkk..
Syarat-syarat Award ni : Senaraikan 7 perkara yang orang belum tahu perihal diri kita..
1). Tun merupakan anak sulung dari 6 adik beradik..3 perempuan dan 3 lelaki. Masa kecil2 dulu banyak kenangan indah bersama keluarga dan adik beradik yang manja dan adik2 lelaki yang nakal ya amat.. Sebagai seorang kakak yang sulung, Tun agak tegas sedikit. Sayang akan segala barang2 pemberian mummy , Abah dan Tok...Lagipun, Tun tak suka meminta dari ibubapa jika mahukan apa2...suka kumpul duit sendiri balance dari duit poket belanja persekolahan... :) Jadi, Tun amat menghargai barang tau...
Seorang yang cermat dan sayangkan barang2 dan kalau boleh akan disimpan sebaik mungkin.. Adik2 pun sudah paham sangat, kalau barang2 Tun dorang takkan usik tanpa pengetahuan Tun. Walaupun Tun agak tegas dengan adik2, tetapi Tun tetap menyayangi mereka sepenuh hati, caring dan mengambil berat..Tun tidak berkira sangat asalkan dorang pandai jaga...hihihi..yang ni mereka tahu..sebab jika adik beradik di dalam kesusahan, Tun menjadi tempat dorang mengadu..
Tun dan 2 lagi adik perempuan, umur tak jarak jauh sangat, jadi kami banyak baju yang sama fesyen dan pattern...mahupun hiasan rambut. Mummy Tun seorang yang pandai menjahit, jadi pakaian kami adik beradik agak mewah juga ketika tu....mummy yang jahitkan sendiri. Mummy Tun suka belikan sekali untuk kami hiasan rambut..semuanya sama tau..hihihi..Apabila dah besar sikit, Mummy Tun mesti beli baju yang sama jugak utk kami bertiga..ihihhi..Aikkk..dah berjela plak ehhhh...tadi cam takde idea...huhuhu...Layannnn....
2). Apabila bersekolah, Tun selalu dibuli kawan2.. Bukannya Tun jenis takut nak mempertahankan diri sendiri, tapi memang dah jenis Tun tak suka cari pasal dengan orang. "Biar orang buat kita, tak apa...Kita tetap ada Allah swt tempat mengadu dan lebih memahami apa yang terbaik buat diri kita..Tun percaya sebarang sesuatu, mesti adalah hikmahnya yang tersembunyi dan yang kita tak ketahui..Berserah kepada Allah swt, membuatkan hati Tun yang sedih jadi tenang"....Macam tulah apa yang Tun fikir.. Unless perkara yang benar2 membuatkan kesabaran Tun tercabar..ader kerrr...? Ada la kot, Tun cuma manusia biasa yang memang selalu membuat kesilapan mahupun disedari atau tak..kan.....
3). Semasa di sekolah rendah, pagi2 Mummy akan sikat dan dandan rambut Tun..Memang simpan rambut panjang dari kecik tau.. Kenkadang rambut diikat "ekor kuda" hehehe.. Dibuli lagi...ada sorang kawan (lelaki) suka tarik rambut Tun..Geram sungguh..Bila dah besar, dan jumpa balik kat fb, baru dia kasi tau sebab apa dia suka kacau dan tarik rambut kiter...Geram arrr!..huhuhhuhuuu...
4). Apabila dah meningkat remaja, Mummy Tun berikan baju2 kesayangannya yang dijahit sendiri..Macam2 fesyen plak bajunya tu..Time tu, Tun suka juga gayakan baju2 mak Tun..hehehehe...Mummy Tun, suka sanggulkan rambut Tun..Kalau diingatkan kelakar la plak, sebab sanggul tu macam2 gaya seperti di zaman Mummy muda2..hihihi...Sebab dalam adik beradik, Tun sorang ajer yang muat baju mak Tun...>__< Sehingga kini, hanya beberapa pasang baju sahaja yang masih ada tersimpan di dalam almari Mak Tun...Tun pun terasa sayang sebab kain dolu2 amat cantik dan sejuk apabila dipakai. Semasa di Darjah 6, ada kenalan abah hadiahkan Tun sepasang kain cotton dari Jepun..Sungguh cantik betul kainnya..Tun suka sangat ..based bewarna putih dan berbunga daisy hijau muda..Mak Tun buatkan Tun baju kurung yang dijahit sembat dengan tangan dibahagian dalamnya. Tun amat sayang baju ni, tapi sekarang ni, tak tahu kat mana dah..huhuhuh...sayang betul...
5). Seorang yang suka kemas rumah..Dulu dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, Abah Tun sediakan jadual untuk kami 3 beradik. Masih ingat lagi tang ni..hihihihi...Dalam sehari, Seorang kena cuci baju siap jemur semualah, seorang kena kemas rumah termasuk sapu lantai di bahagian atas rumah.(rumah kampung kan ada rumah ibu dari binaan kayu ~ bahagian atas sikit dari dapur.. >__<)....manakala yang seorang lagi kena cuci pinggan mangkuk serta bersihkan meja makan dan dapur. Namun apabila tiba masa untuk masak lunch, semuanya kena ada kat dapur tolong mak masak pula. Macam tulah jadual yang abah Tun sediakan setiap kali hari minggu mahupun time cuti sekolah..Abah seorang yang tegas...Kami adik beradik takut betul time abah serius...Namun di hati kami, abah tetap seorang bapa yang penyayang dan mengambil berat pelajaran anak2....
6). Apabila di sekolah menengah, abah selalu ajarkan Tun dan adik2 bawak kereta. Tempat yang selalu kami pusing2, adalah dekat dengan rumah Tun gak..Kawasan situ lapang dan takde banyak pokok..yang ada hanya batu kawi ajer la..Yang pandai dulu adik Tun yang ke3..sebab dia memang jenis yang berani..
Bersama adik no.2 (Nonie di sebelah Tun), Belakang, Cousin (Nyah), Abah dan adik perempuanTun yang No.3 (Saidatul) dan Cousin (Yang)
Pengorbanan Abah dan Mummy yang membesarkan serta menyekolahkan Tun sehingga ke tahap ni, tak terbalas rasanya..Pahit jerih Mummy dan Abah, hanya mereka yang tahu, tak pernah sekalipun mereka mengadu mahupun mengeluh penat dan lelah.....Tak terucap disini....hanya yang Maha Esa lebih mengetahui...."Ya Allah, Kau berilah kesihatan yang baik kepada kedua ibubapa ku.Berilah kebahagian dan keberkatan sepanjang hayat mereka di dunia mahupun di akhirat kelak.Panjangkanlah usia mereka Ya Allah..Sihatkanlah tubuh badan kedua ibubapaku, semoga boleh terus beribadat kepadaMu..sesungguhnya pengorbanan mereka buatku sangat besar dan tak terbalas oleh ku. Berilah peluang untukku berbakti kepada kedua ibubapaku..walaupun sedikit cuma...Kerana ku tahu bukanlah dapat dibandingkan dan dijadikan ukuran dengan pengorbanan kedua ibubapaku..Jauhilah aku dari mengguris perasaan kedua org tuaku dengan tuturkata mahupun perbuatan..disedari ataupun tidak...Sesungguhnya ...apa yang diinginkan..kebahagiaan, keberkatan dan kesihatan yang baik buat orang tuaku...Aminnnn.."
Uikssssss....dah abih ehhhhh...terasa macam ada lagi yang nak cerita nih..hehehe...Takpelah, kita kasi can lak kepada kenkawan yang lain pula bercerita yer...Jom kita jenguk2 rumah kenkawan yang Tun tag kat bawah ni...Terima kasih banyak buat Che'iza....Muahhhhhh!
1: Kak Zai (Teratak Impian)
2). Kak ReenKhan
3). AlongRoz
4). Adik Manis Zuhaida (Tarabozu2)
5). Kak Dayang Jelita
No comments:
Post a Comment