Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, July 12, 2011

KERUTUK AYAM

Assalamualaikum
Dah makan lunch ker? Hari ni tuan rumah tak boleh nak cerita panjang..ada tugas yang menanti untuk diselesaikan....big order by Saturday nak. Nak kena sediakan bekas2 cuppies dulu. Meh citer pasal Ayam Kerutuk ni jap yer.
Resipi asal dari Kak Nor dan dah 2 , 3 kali Tun buat guna resipinya. Kelainan resipi Kak Nor ni ada letak sedikit daun pandan, jadi ia menghasilkan kerutuk yang wangi bercampur lagi dengan wangian rempah dan rempah tumis 4 sekawan tuh..Pendek kata memang sedap. Alhamdulillah anak2 Tun juga menggemarinya. Dorang cakap macam TokMi masak ler..hihihihi...Terima kasih banyak buat kak Nor dan izinkan Tun letak resipiya di sini buat rujukan di lain kali. Terima kasih..Muahhhh

KERUTUK AYAM K.Nor Style

resipi :
Kak Nor 
sumber : Rabiatun @ Sweettouch

bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2
nisan/gula melaka
garam
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup

Caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin. 
  2. Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend. 
  3. Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas. 
  4. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping. 
  5. Masukkan ayam dan gaul sebati. 
  6. Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air. 
  7. Biarkan hingga mendidih. 
  8. Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka. 
  9. Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik. 
  10. Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2. 
  11. Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai. 
  12. Hidangkan panas2.

# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.
Jom mamam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...