Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, July 13, 2011

PULUT DI PAGI HARI?

 Assalamualaikum...Selamat pagi. Hari ni kami breakfast dengan bihun goreng ajer. Tapi Tun bukan nak cerita mengenai bihun tu tapi nak cerita benda lain..hihihi...
Alkisahnya, last weekend Tun dan family ke Subang, balik dari sana dah hampir pukul 5.30ptg. Semasa di dalam kereta, Mr. Hubby tetiba tanya, kat rumah kita ada pulut tak? Uikkkssss...apasal pula tetiba tanya pulut ni..sebelum ni tak pernah pun..hihihi...Tun cakap, ada ajer stok pulutnya tu. sambil tersenyum.. Hubby cakap teringin nak makan pulut dengan ikan masin.Tun cakap " Kalau nak makan, singgah kedai jap belikan kelapa parut"..hihihi.. Selidik2 rupanya, ada officemate hb yang bawa pulut dengan kelapa serta ikan masin ke office baru2 ni..tu yang hb teringat pula..hihihi..
Sesampai ke rumah dah pukul 5.30 ptg. Terus Tun tenggekkan pulut ke atas dapur..dan keluarkan lauk dari freezer untuk dimasak dinner nanti. Lepas solat Asar, sambung godek2 gabungan pulut tadi tu, kemudian mula memasak sedikit juadah untuk dinner. Dapatlah kami merasa makan pulut malam tu..hihihihi...Sedapnyer..  makan pulut dengan ikan masin, kelapa dan nisan..fuhhh...walllahhhhhh...Lama betul tak makan macam ni..dahlah menu sebegini memang dah lama dirindui. Terkenang dulu semasa Tun kecik2, inilah salah satu daripada menu peberet Tun. Cukup gemar makan pulut. Kalau kat Kelantan, memang sinonim pulut dimakan dengan nisan dan juga kelapa serta ikan kering goreng. Sambil makan pulut dengan kelapa, gigit sedikit nisan..walllahhhhh...Sedapnyer. Lepas tu, ulang lagi untuk suapan yang kali kedua, sama juga pulut dimakan dengan kelapa, tetapi kali ni tak gigit dah nisan tadi tuh, tapi dimakan dengan  ikan masin pula..Begitulah seterusnya hingga habih sepinggan..hehehehe...
Gandingan Pulut + Ikan Masin + Kelapa Parut digaulkan dengan sedikit garam + Nisan... Wallahhhhweiiiiii...Terangkat.. Habis gak sepinggan Tun makan. Lepas tu, terus gi ambik ubat gastrik sebijik. Alhamdulillah tak kena gastrik esoknye tu...dengan izin Allah swt. Alhamdulillah syukur. hehehehe...masa makan tu, hb dah jeling2 dah..hehehehe...

4 comments:

noorsafone said...

Tun.....sedap pulut dgn ikan masin..ada kelapa lagi...sama ngan cik abg kita...suks juga makan pulut.

che'iza said...

Sedapnyer kak... Dah lama tak mkn cenggini... Sepinggan berapa hinggit? hehhehe

anymz said...

sedapnya tun..akak suka sgt menu ni..

Zue El Razak said...

ishh.. tetiba teringat kat kampung lak.. blk kg teringin suruh mak buat..heheheee... air tangan mak lg sodap...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...