Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, July 19, 2011

UDANG GORENG SOS TOMYAM

Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Pagi ni nak tayang menu dinner malam tadi Udang Goreng Sos Tomyam. Tun simpan resipi ni semasa mula2 CMG posting. Terguda weeehhh..hihihi..
Sedap betul udang ni tau. Anak Tun Nabil pun makan dengan berselera sekali. Wallahhh...Mr. Hubby pun suka. Pendek kata memang sodap lah. Tun tak letak rebung, memang takde stok rebung pun kat rumah ni..huhuhu...letak mana ada ajer nih..Terima kasih banyak buat CMG atas resipinya. Tumpang letak sini yer CMG. Terima kasih daun keladi.....
UDANG GORENG SOS TOM YAM
Recipe by :CMG
Source : Rabiatun @ Sweettouch

BAHAN-BAHANNYA :
  • 8 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan dan lumur dengan sedikit garam 
  • 1 cawan hirisan rebung 
  • 10 tangkai kacang sweet peas, kerat 2 setiap satu 
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar 
  • 2 ulas bawang putih hiris 
  • 1 batang serai, ambik bahagian putih dan hiris 
  • 2 helai daun limau purut 
  • 6 biji cili padi merah thai, diketuk 
  • 1/4 cawan air 
  • 1 camca besar sos cili 
  • 1 1/2 camca besar pes tom yam "LIFE" 
  • Sos ikan secukup rasa 
  • Sedikit gula 
  • 2-3 biji limau kasturi, ambil jusnya
CARA MEMBUATNYA :
  1. Udang tadi digoreng selama 30 saat, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang, bawang putih, cili padi, pes tom yam dan cili sos, kacau rata. Tambah air dan biar pekat. 
  2. Masukkan rebung, daun limau purut dan kacang sweet peas, kacau dan masukkan udang, tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkam panas bersama nasi putih...
Sedap ni tauu...hihihi..


    10 comments:

    izahdaut said...

    tau tau mesti sedap ni... agaknya tukar ngan sotong pu n best kot? hehe.. maklom kat rumah ni big bos tak makan udang. sob sob

    che'iza said...

    Akak... lauk dinner kompem dah habis... tak leh mintak... tak nak kawan.... huwahhhh majuk ni... pepagi dah ntri lauk....

    Mas said...

    hhmm..memang nampak sangat sedapp la kak...
    boleh try nanti...

    Rabiatun Adawyah said...

    Izah: rasanya mesti sedap gak klu tukar ke sotong...nnt nak try guna sotong plak..hihihi..mekasih..

    Rabiatun Adawyah said...

    Che'iza: hehehehe...ye la kompem dah pinis..hihihi..cian dier..kire aci gak la akak post lauk mlm td ekkk..hihihi

    Rabiatun Adawyah said...

    Mas: yer Mas, sedap ler..klu nama tomyam ni kan Mas..nnt nak try ikan bakar tomyam mas plak..

    Cheq Sue said...

    wahhhh....sedapnya!!

    Rabiatun Adawyah said...

    Cheq Sue: yer..sodap ^___^

    MaDiHaA a.k.a Ratna said...

    salamm...
    wahh.. memang nampak sedapp! dengar sos tomyam jer dah pecah liur dibuatnya.. apalagi bahan asasnya udang! sah sahla sedap.. hehehe..

    LinRosly said...

    Assalamualaikum Fie...

    Terliur Kak Lin Tengok Udang Goreng Tu...Nak Sikit...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...