Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, July 28, 2011

AYAM PANGGANG MAGHRIBI

Assalamualaikum. Menu dinner malam tadi ni. Ayam Panggang Maghribi. Resipi asalnya dari Kak Nuridah. Sedap tau Ayam Panggang ni. Ada rasa kelainan dari resipi Ayam Panggang yang biasa kita makan.. 
Memang ada rasa makanan Timur Tengah gituew. Daun ketumbar yang diblend bersama rempah dan bahan2 lain untuk menghasilkan rempah perapan Chermoula menjadikan ayam panggang ni lebih special dari segi rasanya. Memang berbeza dan sedap. Tambah2 lagi ada perahan jus lemon, menjadikan ayam ni lebih membangkitkan selera. 
Terima kasih banyak buat Kak Nuridah Salleh di atas resipinya ni. Minta izin letak sini yer. Mekasih. Jom intai2 resipinya. ^___^ 

Ayam Panggang Maghribi
Sumber: Nuridah Salleh
Sumber : Rabiatun @ Sweettouch


Bahan-Bahan
1 ekor (2 kg) ayam, dibersihkan dan dipotong dua
garam, daun salad disiat kasar-kasar
timun, tomato dihiris-hiris
ubi kentang direbus, dikupas dan dihiris-hiris
lemon dipotong baji
daun pudina

Rempah Chermoula (dikisar halus)
3 tangkai cili merah
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar paprika
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/4 cawan minyak zaitun
air perahan daripada 1/2 biji lemon


Cara-Cara 
1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan kembali ke suhu bilik.
3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180 darjah celsius selama 45 minit, dengan membalikkannya setiap 20 minit.
4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.

Ayam Panggang Maghribi


9 comments:

che'iza said...

Hari ni semua middle east... Tadi Kakyani bawak pi turki... Ni kak tun ajak pi magribi lak..... Akak, nampak rempah dia punyer tebal... uishhhh bestnyer...

Rabiatun Adawyah said...

Yer? hihihihi....ye la Iza, akak letak jer rempah perap tu kasi tebal, sampai agak terhangus dibuatnyer..ngeeeeeehhhh...

Gee® said...

pergh!! sedapnyaaaa ayam panggang tuh....

AZLITA AZIZ said...

nampak pon dah tau sedap tun.. ni boleh jadi koleksi tuk bulan posa ni.. nanti akak nak cuba jugak lah.. menarik aje...

Nurul said...

Salam, K Tun...
Wah, ader ayam panggang Maghribi kat cni... nampak sedapppp lah dgn rempahnya yang tebal tu... Bleh try juga nanti ni... :)

Mas said...

wahhh...sedapnya tengok ayam panggang tu...
menyelerakan betoii laa...

Rabiatun Adawyah said...

Gee: sedap! hihihi...^___^

Kak Ita: Mekasih kak, Tun pun dah masuk list ni kak utk menu berbuka..lagipun senang main panggang2 ni kan, kak..Tak banyak kerja..hihihi..

Rabiatun Adawyah said...

Nurul: W'salam Nurul. Silakan Nurul, tapi kena agak2 bila letak jus lemon tu, nnt terlebih masam pula..hihihi..selamat mencuba dear!

Rabiatun Adawyah said...

Mas: terima kasih Mas..leh la Mas try nanti..hihihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...