Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Tuesday, July 26, 2011

AYAM GORENG ALA KAPRAU

Menu ringkas untuk dinner malam ni..Ayam Goreng ala Kaprau olahan yang dibuat oleh Kak Nor dari resipi asal yang menggunakan daging iaitu Daging Goreng ala Kaprau resipi dari Kak Jee. Okies, terima kasih semua di atas resipinya ni..Sedap betul..ringkas tapi tetap memikat rasa. 
Halalkan resipinya kat sini pula yer. Mekasih.

AYAM GORENG ALA KAPRAU olahan dr resipi asal Daging Goreng Ala Kaprau oleh K.Jee
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Sumber: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil (boleh juga digunakan bahagian isi sahaja) *
1/2 sudu kecil garam*
1/2 sudu kecil serbuk kunyit* (* digaul)
~~~~
3 sudu besar pes tomyam
5 cili api ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar gula
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
1/2 cawan
minyak

Cara:
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam masak tp tak perlu terlalu garing.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis 1/2 dari bawang besar yg dipotong baji.
  4. Masukkan juga cili padi, pes tomyam, kicap manis, sos cili dan gula. Goreng hingga wangi.
  5. Masukkan ayam, 1/2 bahagian lagi dr bawang besar dan juga daun limau, kacau lagi hingga sebati.
  6. Masukkan air dan goreng hingga kepekatan kuah yg dikehendaki.
  7. Angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
Sedapnyer! Lain kali boleh buat lagi..^__^

4 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum tun...
tgk ayam tu punya ler menyelerakan... sedapnya nie.. resipi nie pun diana belum try lagi... mmg nmpk sedap sesangat

che'iza said...

Assalam kak...
Jauh dah merantau masak kaprau ni kak... Datang nak singgah makan rumah akak eh.....

Rabiatun Adawyah said...

Diana: W'salam..cubalah Diana..rasanya klu bulan puasa pun ok, sebab memang dah secukup rasanya tu..sedap..hihihi

Rabiatun Adawyah said...

Che'iza: W'salam....marilah Iza, duk semeja tp pinggan lain2 ehh..hihihi..terima kasih..bila lah dpt jumpa adik sowang ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...