Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, June 23, 2011

ROTI LAPIS BERDAGING LAGI...

 Terasa lama betul tak buat roti lapis berdaging resipi dari kak E ni.. Yang ni Tun buat awal, jadi dapatlah digandingkan dengan meggi goreng tadi tu untuk sarapan. Kesnya banyak sangat roti yang dibeli, hubby pun beli 2, Tun beli 1 dan dah ada kat rumah ni pun 1/2 loaf..jadi Tun buat ajerlah.
Kali ni Tun guna loyang saiz 7" ajer sebab tu nampak tinggi sikit...dan dimakan dengan Jalapeno Cheese..seperti biasa Tun order dengan Ummi's Cheese House. 
 Lapis Roti Berdaging
by Kak E
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
3 biji kentang di potong dadu (Tun suka guna ubi keledek)
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)- Tun guna slice cheese jer
Sedikit margerin untuk melenser
2 pokok daun sup dan daun bawang -(Tun tambah)
Cara-cara
  1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+daun sup dan bawang (yang Tun tambah)
  2. Satukan Susu+telor+secubit garam
  3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi. (Tun tak ramaskan pun, just guna wisk atau kenkadang guna garfu jer ).
  6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

8 comments:

Cheq Sue said...

Yummy....datang jamu mata

Ayu said...

Assalam Tun,
wah nampak sungguh menyelerakan lapis roti Tun ni..yang kuning2 tu cheese powder jalapeno tu ke?..or mustard?..bolehlah masuk list ni..

Rabiatun Adawyah said...

Sue : yummyyy...thanks sue sudi singgah.

Rabiatun Adawyah said...

Kak Ayu : W'salam kak. yer kak, yang kuning tu Tun letak Jalapeno Cheese..Tun belum pernah cuba dgn mustard, maybe lebih yummy kot kak.. :) thanks yer akak.

Lieza said...

salam Tun...
Sedap kan kuih ni...dulu masa tak der blog akak pernah try juga...mmg sedap kan...sedap yer makan dgn jalapeno cheese tu..

Rabiatun Adawyah said...

Kak Ezadlieza :W'salam kak. sedap kan kak..^__^

umi_e said...

Lamanya kak e tak buat roti berlapis daging tu -fav anak2...

Rabiatun Adawyah said...

Kak Umie: Kak E, Tun pun mcm lama dah tak buat kak..hihihi..fav. anak2 Tun jg ni kak..Terima kasih banyak atas resipinya..ye kak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...