Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, June 19, 2011

Jadual Sukatan

~Assalamualaikum~
Selamat pagi Ahad. Pagi ni Tun nak share sukatan dari imperial ke metrik untuk dijadikan rujukan kita bersama. Jadual ni Tun ambik dari rumah Kak Dayang dan dah minta keizinan dari beliau untuk Tun share kat sini pula. Terima kasih banyak Kak Dayang yer. Lebiuuuu...!


Dah terfikir2 pasal nak letak jadual sukatan mcm ni. Kebetulan pula singgah rumah Kak Dayang, dia dah publishkan N3 mengenai sukatan, bagaikan pucuk dicita Ulam Mendatang ler kan...seolah2 orang mengantuk di sorongkan bantal...Syukur sesangat.
Lantaran ada yang buzz dan juga sms Tun mengenai sukatan bahan2 dalam resipi, jadi untuk memudahkan kita check sukatan yang betul, boleh ikuti jadual kat bawah ni. Tun juga biasa menghadapi masalah yang serupa. Kenkadang, sukatan dalam gram sedangkan kita takde penimbang yang khusus, jadi terbantut jugalah kan. Macam tu  juga sebaliknya, jika kita ada alat penimbang ajer, tapi dalam resipi tu pulak ada yang menggunakan cawan metrik jadi agak susahlah bagi kita untuk buat sukatan yang betul, kan. 


Begitu juga dengan peralatan mengenai saiz tin cake, loyang dan sebagainya pun ada masalah juga, kan. Misalnya dalam resipi ada tulis saiz loyang 10" x 10" x 3" (H)..macamana pula tu..besar mana..Tentu tak boleh nak imagine, kan. Atau nak kena tengok guna sentimeter, baru kita leh ukur, ye tak? Tun juga selalu ukur dulu loyang..hehehe...confius kenkadang..  ^__^


Jadi, nasib baik jugalah Kak Dayang dah memudahkan kita, sediakan Jadual Imperial to Metric ni. Walaupun ia sekadar ANGGARAN sahaja, namun agar ianya boleh memberi kemudahan untuk kita  jadikan panduan kita di masa akan datang. Kalau nak senang, boleh juga rujuk kat internet "UNIT CONVERSION" secara online.. pun ok jugak. Ikutlah mana yang senang.. ^__^


Semoga dengan adanya jadual rujukan ini, sedikit sebanyak dapat membantu semua rakan2 yang ingin mencuba resipi- resipi yang menggunakan sukatan imperial atau metrik. Terima kasih sekali lagi buat Kak Dayang yang bersusah payah menyediakan sukatan ini buat kita semua. Lebiuuu kak.!



Sukatan Imperial
Sukatan Metrik
Sukatan Cawan Metrik
(anggaran)
Sukatan Cecair Metrik
(anggaran)
1/2 oz
15 g

-

-
1 oz
30 g
1/4 cawan
60 ml
2 oz
60 g
1/3 cawan
100 ml
3 oz
90 g
1/2 cawan
125 ml
4 0z
125 g

-
150 ml
6 oz
185 g
3/4 cawan
180 ml
8 oz
250 g
1 cawan
250 ml
12 oz
375 g
1 1/4 cawan
310 ml
16 0z
500 g
1 1/2 cawan
370 ml
24 0z
750 g
2 cawan
500 ml
32 0z
1000 g
2 1/2 cawan
625 ml
3 Ib
1500 g
(1 .5 kg)

-

-
1 tahil = 38 g
3 tahil = 100 g
1 kati = 600 g

1 cawan metrik = 250 ml
4 cawan metrik = 1000 ml (1 liter)
1 sudu teh metrik = 5 ml
1 sudu meja metrik = 20 ml

Lain-lain Sukatan (anggaran) :

1 cawan gula/gula halus = 7 oz / 200 g
1 cawan beras = 6 oz / 185 g
1 cawan tepung = 4 oz / 125 g
1 cawan sagu = 5 oz / 140 g
1 cawan serbuk koko = 3 oz / 100 g
1 cawan horlicks = 3 oz / 100 g
1 cawan serbuk coklat = 3 oz / 100 g
1 cawan oats = 2 oz / 80 g
1 cawan cornflake = 30 g

Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
1/16 inci
1 mm
2 1/2 inci
63 mm / 6.3 cm
1/8 inci
3 mm
3 inci
76 mm / 7.6 cm
1/6 inci
4 mm
4 inci
100 mm / 10 cm
1/5 inci
5 mm
5 inci
126 mm / 
12.6 cm
1/4 inci
6 mm
6 inci
150 mm / 15 cm
1/2 inci
12 mm / 1.2 cm
7 inci
176 mm / 
17.6 cm
3/8 inci
9 mm / 1 cm
8 inci
200 mm / 20 cm
5/8 inci
15 mm / 1.6 cm
9 inci
230 mm / 23 cm
3/4 inci
18 mm / 1.8 cm
10 inci
250 mm / 25 cm
1 inci
25 mm /2.5 cm
12 inci / 
1 kaki
302 mm / 30 cm
1 1/4 inci
31 mm / 3.1 cm
36 inci / 1 ela
906 mm / 90 cm
1 1/2 inci
38 mm / 3.8 cm
60 inci
1500 mm / 
150 cm / 1 .5 m
2 inci
50 mm / 5 cm


cm = sentimeter
mm = milimeter
m = meter

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...