Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Sunday, June 19, 2011

AYAM DENDENG

 ~Assalamualaikum~
Menu best semalam ni...tapi semalam agak sibuk, jadi tak berpeluang nak post. Tun tergoda dengan resipi Ayam Dendeng dari rumah Kak Ita. Tak sangka rasanya sungguh sedap dan harum. Wangi jer ayam ni. Anak2 Tun makan pun bertambah. Si kecik Muqri pun bertambah nasinya. Puas hati tukang masak kalau camni.hihihi...
Terima kasih buat Pak Engku di atas resipi yang best ni..dan tak lupa juga Kak Ita yang baik hati sudi share dengan kami semua. Izinkan Tun share di sini pula yer. Terima kasih daun keladi, lain kali boleh Tun cuba lagi.  

AYAM DENDENG
By: Pak Engku
source : Kak Ita
source: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12
100 gm bawang goreng
2 ketul gula Melaka
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar dan Tumis
5 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar (ita tambah 5 tangkai lagi supaya pedas sedikit)
10 ulas bawang merah - dikisar
2 inc halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih


Cara:
1). Ayam digoreng seketika dan angkat
2). Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. bila sudah kekuningan, masukkan bahan kisar.
3). Bila sudah naik baunyer, masukkan air asam jawa dan juga gula Melaka.
4). Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5). Masukkan ayam dan gaul rata.
6). Bila ayam telah masak sepenuhnyer barulah masukkan bawang goreng.
7). Biarkan hingga kuah kering dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Best! Wangi betul ayam ni..next time akan buat lagi...Mekasih ^__^

4 comments:

Anonymous said...

dah try resepi ni 3S simple,senang dan sedap..

Rabiatun Adawyah said...

Anonymous : siapa nama yer?

Alhamdulillah..sedap, kan. ^__^

ma'chiks said...

salam, sya penah buat tapi version lain sikit juga guna bawang goreng..nak cuba resepi yg ni pulak.memang sedap ayam dendeng ni.tima kasih dh salin resepinya.

Rabiatun Adawyah said...

ma'chiks : w'salam..sedap, kan ayam dendeng..Tun belum pernah try versi lain, klu jumpa insya-Allah tun try. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...