Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, June 3, 2011

Cuti....

~Assalamualaikum~


Selamat pagi Jumaat semua. Bermula pada hari ini, tuan rumah akan bercuti selama seminggu untuk balik menziarahi parents di kampung. Apapun, bukanlah bermakna Tun dan anak2 akan balik pada hari ini, cuma hari ini dan esok merupakan hari yang amat bz buat Tun..untuk menyiapkan order sebelum berangkat pulang. Hari ini Tun kena siapkan 300pcs choc. muffin beserta dengan packagingnya sekali. Dan pada Ahad, baru Tun dan anak2 bertolak balik ke Kelantan. Hubby tak balik..cuma akan balik pada Thursday next week untuk jemput Tun dan anak2. Doakan Tun dan anak2 selamat sampai..lagipun tak pernah drive sensorang selama balik kampung..selalunya Tun dan hubby akan bergilir2 drive..itupun kalau hubby dah tak tahan mengantuk sangat. Nasib baik juga ada adik Tun 1 family yang datang KL atas urusan kerja, bolehlah kami convoi nanti.


UPDATED:
Petang Sabtu, adik Tun sekeluarga sampai ke rumah Tun setelah 4 hari berkursus. Pada malamnya hubby Tun bawa keluarga adik Tun dinner bersama2 kat luar. Meriah rasanya sebab dan lama tak keluar dinner bersama2 di sebuah restoran Thai. Balik dari dinner, Tun siapkan blueberry cheese tart untuk di bawa pulang  sebagai buah tangan buat family di kampung. Pagi esoknya, Tun sediakan sarapan mee goreng ajer. Then sambung buat Apam Yogurt yag best tu...resipi dari Rima..cuma kali ni Tun ikut kak Nor buat perisa Strawberry dan tambah blueberry filling di dalamnya.
Tepat jam 10.00 pagi, kami bertolak konvoi bersama. Jam 2 ptg kami sampai di Gua Musang dan lunch bersama Abah dan juga Hafiz (adik Tun) yang bekerja di sana. Selesai lunch, Abah ikut naik kereta Tun, manakala kereta Abah, tinggalkan Hafiz untuk balik nanti..jam 5.30 ptg. Alhamdulillah, jam 5.30 petang, kami selamat sampai di tanah tumpah yang tecinta. Rindu sangat pada semua, mummy, abah dan juga adik beradik. Last jumpa masa kenduri kat Terengganu semasa Raya China lepas...sejak tu, Tun takde balik ke kampung. Urusan hubby yang bz membataskan Tun untuk balik. 
 Ni antara buah tangan untuk family tersayang. Alhamdulillah mak Tun suka sangat, tambah2 lagi ada rasa masam2 blueberry filling di dalamnya. Insya-Allah, nnt akan Tun buat lagi. Terima kasih buat Rima dan juga Kak Nor yang tak lokek ilmu berkongsi.
Abah dan cucu2nya. Semoga Abah diberikan kesihatan yang baik, bahagia dan diberkati Allah selalu.Amin.... Selamat Hari Bapa yang bakal menjelang.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...