Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, June 17, 2011

BUTTER BREAD PUDING DENGAN SOS KASTARD

 ~Assalamualaikum~
Salam pagi Jumaat semua, pagi ni Tun nal postkan N3 puding roti yang Tun buat petang semalam. 
Mengimbas kembali puding roti ni merupakan sesuatu yang amat nostalgia buat Tun. Dulu masa kecik2 mak Tun selalu juga simpan bahagian atas roti bantal..Sini panggil roti benggali kot rasanya. Selalunya kami adik beradik buang bahagian yang keras dan garing kat atas tu..jadi mak Tun simpanlah dan dibuat puding roti. Sedap dan cantik puding roti mak buat.  Bahagian yang kerak tu mak Tun campurkan dengan yang bahagian putih (dipotong dadu besar2 - roti bantal tadi). Jadi hasilnya ada belang2 warna brown sikit puding tu dan lembut. Tun suka pulak makan yang brown hasil dari kerak tadi tu apabila dah dibuat puding.hehehe...
Untuk puding roti kali ni, Tun guna resipi Kak Nor. Alhamdulillah, dapat merasa puding kak Nor ni, nak2 plak dimakan dengan sos kastard. Wallahhhhh....simpan sejuk2 sikit..perghhh...sedap tuuuuu... Tun ikut mak Tun simpan tepi roti balance dari buat Roti Goreng Rangup resipi Hasue. dan Tun campurkan ke dalam puding roti ni..hihihi...tak membazir ler kiranyer kan..hehehe...
Sebelum masuk oven. Di atasnya Tun tabur sedikit chocolate chips dan juga pipekan sedikit  Orange fillingSajer nak habiskan balance yang tinggal..hehehe...
Tergaring sikit sebab timer oven jammed...nasib baik Tun gi jenguk2 kalau tak tak tahu ler apa jadi..hehehe....
Okies,..mintak izin yer kak Nor, Tun letak resipinya kat sini plak untuk rujukan lain kali pula. Insya-Allah. Mekasih.


BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram

source: Rabiatun @ Sweettouch10 - 12 kpg roti 
Bahan:

butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip


Cara:
1).Sapu roti dgn butter dan potong .
2).Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
3).Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
4).Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
5).Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
6).Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
7).Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.


SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram
source: Rabiatun @ Sweettouch



Bahan:

1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam




Cara:

1).Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
2).Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
3).Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.

4 comments:

Anna DJ said...

minta izin copy resepi, boleh?

Rabiatun Adawyah said...

Anna DJ : silakan.. :)

maNis said...

Assalamualaikum, mohon follow resepinya ya.

LugieAmir said...

SALAM TUN.. K.GEE pn nk try lah..sesuai utk ank2 ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...