Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, June 16, 2011

AYAM SERI HARUM

~Assalamualaikum~
Salam malam Jumaat buat semua. Malam ni nak letak N3 lauk dinner pukul 8 mlm baru jap tadi..hihihiihii....Lum basi lagi ehhhh...masih panas lagi ni..hehehe.. Malam ni Tun masak Ayam Seri Harum resipi dari Puan Nor..hehehe.. schema la plak ehhh kak..hihihi...sikit2 jer ok dok? hihihi...Sedap ayam ni, wangi jer. Kak Anim pun dah wat..sedap, kan kak..hihi..
Minta izin kopipes yer Kak Nor. Halal ehh kak. Mekasih. Jom tengok resipinya.
 AYAM SERI HARUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Source : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil 
1/2 sudu kecil garam  
1/2 sudu kecil serbuk kunyit  
2 sudu besar cili mesin  
1 biji bawang besar *  
3 biji bawang merah*  
3 ulas bawang putih*  
1in halia*  
1 in kunyit hidup* (* diblend)  
2 batang serai ~ diketuk  
1/2 cawan santan pekat  
1 cawan air  
3 kpg asam keping  
3 helai daun limau purut ~ dicarik  
garam dan gula  
1/2 kiub pati ayam  
minyak


Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...