Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, May 6, 2011

Jom Bekpes!


Assalamualaikum

Selamat pagi Jumaat semua...Di pagi yang cerah ni, kami sekeluarga sedang menikmati ubi kayu rebus dengan sambal Tumis Hitam (resipi turun temurun MIL). Pagi ni Tun masak nasi lemak dan Ubi kayu rebus ni ajer..Ubi kayu ni request oleh Mr. Hubby manakala nasik lemak khas untuk anak2. Budak2 ni tak layan ubi kayu rebus dengan sambal pedas ni..hihihi..

Apapun, resipi dan picture lain akan diupdate nanti yer..nak layan anak nak ke sekolah jap..hihhi..
Jomlah bekpes sama >__<


UPDATED: Kembali bersiaran..hihihi..macam ler lama sangat tinggai, kan? hehehehe..Berbalik kepada resipi Sambal Tumis Hitam ni yer...Sambal Tumis ni terkenal di kalangan family hubby Tun yang merupakan orang Selangor..Tak kirala klu kenduri kendara pun sambal tumis ni tetap ader..Biasanya ikan bilis tu digantikan dengan kerang..

Dulu masa mula2 kawin, Tun tak berapa reti nak makan sebab ianya terlalu pedas .(bagi Tun la sebab kebanyakan orang Kelantan tak makan pedas2..hihihi). Dan setiap kali kalau hb nak makan sambal tumis ni dengan ubi kayu, Tun akan buat 2 style...hehee.. Off course ler hbnyer style dimakan dengan sambal tumis ni manakala untuk Tun..ubi kayu rebus ni dimakan dengan kelapa parut + sedikit garam + sedikit gula..hoohoo..Lama kelamaan kawin, mulalah Tun cuba2 makan..Akhirnya Tun dah boleh terima..hehehehe..

Tak boleh nak bebel panjang ni sebab jap lagi nak amik anak sekolah plak..Apa2, moh kiter nengok resipinya...campak2 ajer ni, rasa ikut sedap anak tekak yer tapi bolehla dijadikan panduan..hihi..

Sambal Tumis Hitam
by Rabiatun @ Sweettouch

1 mangkuk ikan bilis (boleh ganti dgn isi kerang)
1 mangkuk cili api hijau (mesti yg hijau) ~ Tun ngelat letak sikit pastu ganti dgn cili besar
5 ulas bawang merah
2 ketul belacan
1-2 tbsp gula - jgn banyak sangat nnt sambal jd manis pula
garam - jika perlu (yang ni Tun jarang letak sebab sambal ni sedia masin dgn ikan bilis dan juga belacan)
minyak untuk menumis
air

Cara:
Tumbuk cili api, belacan dan bawang merah hingga lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk2 manja biar ikan bilis tu pecah2 sikit. (Kalau guna ikan bilis kecik, tak perlu ditumbuk, masukkan ajer selepas tumis cili dan bawang merah)
Panaskan minyak masak, tumiskan bahan tumbuk tadi hingga pecah minyak. (Jika kering boleh tambahkan air). - proses ni makan masa lebih kurang 1/2 jam sebab nak bagi cili tu betul2 masak.
Bila dah agak masak, boleh masukkan gula dan garam, jika perlu. Kemudian boleh la dihidang dengan ubi kayu rebus.
Sambal Tumis Hitam (Tunnyer ni tak hitam sebab kurang belacan..hihihi..ngelat lagi..heehe)


7 comments:

Sheila Shafeareen said...

As'salam lama x pekena nasi lemak...selera betul tu pepagi ada sarapan ubi rebus mkn gan sambal hitam ingat nak try jugak le buat sambal hitam ni...sambal hitam ni resepi org pahang ye kak?...

Nazrah said...

alamak...ni la favourite saya....ngences air liur tengok sambal itam tu....pedas pedas lagi sedap..kena plak ngan kopi o...di tambah pula time hujan ni..perghh....

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... sedapnya breakfast ubi kayu.. ;) singgah la ke blog saya ;)

CT Delima said...

Assalamulaikum Tun

stok ubi ada dalam simpana kat dapur, memang nak rebus pun kena pulak makan dgn sambal tumis tersangatlah sedap kan Tun :DD

Rabiatun Adawyah said...

Sheila: W'salam Sheila..sama la kita..akak pun dah lama tak msk nasi lemak..nak beli kurang enak.hihi..Akak tak pasti pula resipi ni asal dari mana..hb akak org Selangor.

Rabiatun Adawyah said...

Kak Naz: betul kak..selalunya petang2 pun boleh hidang..heheheh

Zuwairi: Insya-Allah sy singgah. terima kasih yer.

Rabiatun Adawyah said...

Kak CT: w'salam kak,

betul kak..Tun pun dah mula suka plak makan dengan sambal tumis..hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...