Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, May 6, 2011

Sekitar Majlis Birthday Abang Nabil ...


Last Monday, kami ada buat sedikit majlis untuk anak sulung.. Majlis sederhana saja..ni pun sebab Nabil asyik duk ulang nak adakan party besday dia. Kalau tak, takdenyalah kami nak buat..huhuhu.... Selalunya kami cuma keluar makan bersama2 setelah acara potong2 besday cake kat rumah ajer..hihihi.. Memang hubby dari awal tak mo nak buat party2 camni..hihihi...

Tapi, demi memenuhi keinginan si anak, Tun buatlah jugak..penat ya amat bukan jadi ukurannya..yang penting sianak yang tersayang gembira..
Sabtu, kami keluar pergi shopping mopping kat KL. Ahad pula, ke Pesta Buku pula kat PWTC. Balik dari pesta buku tu, Tun sakit kepala (kena migrain), jadi persiapan untuk majlis esoknyer tu tak dapat nak disediakan awal. Tidur ajer sepanjang petang Ahad tue. Nasib baik keknya Tun dah siap baked paginya tu, sebelum ke Pesta Buku. Jadi takdelah rush sangat..kan.

Isnin pagi, mr hubby keluar beli barang2 untuk majlis, manakala Tun kat rumah sediakan dish for party. Antara menu yang Tun sediakan Marble Cheese Brownies, Mee Kari Mabeles KNSG, Jus Orange dan juga Birthday Cake. Mula2 nak tambah dessert, tapi masa tak mengizinkan. Lagipun, bukannya nak jemput ramai, just family hubby dan kawan2 sekolah Nabil ajer. Cake pun Tun buat sambil2 ajer dengan mee kari tu. Pagi2 Tun terus buat icing dan ice that cake. Siap tu, chilled kejap sebab tunggu hubby belikan Edible Image. Hubby balik, Tun siapkan mee kari..Pukul 3 ptg, Tun siapkan men`deco' cake pula..Alhamdulillah dapat disiapkan dengan cepat..pukul 3.30ptg kek dah ready. MIL dan FIL pun sampai awal dalam pukul 12 tgh. Goody bag, MIL dan anak2 yang tolong siapkan..hihihi..tq my MIL. Gambar2 lain akan menyusul..takleh banyak2 letak, sebab tuan rumah tak bertudung waktu tu..hihihi...
Hubby dengan Umairah Shamina...anak sedara hubby dari adik no. 3
Baby Shamina dan baby Harraz (anak sedara dari adik no.4). Sebaya keduanya ni, cuma dulu Shamina sebulan ajer. Baby Harraz pun baru selesai shooting (hihihi..mcm org besar plak yer) drama (Sedepa ke Syurga) yang akan ditayangkan pada malam ni di Astro Prima pukul 10 malam. Scene Baby Harraz masa last cerita...kata My SIL ler kan..
Muqri yang keletihan bermain...ngantuk pun ditahankan jugak matanya tuh..hihihi..
Kehadiran jiran2 terdekat memeriahkan suasana party simple ni. Alhamdulillah..rezeki.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...