Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, April 21, 2011

Sticky Caramel Chicken

Tengahari tadi balik dari ambik Darwis (2nd son), Muqri (3rd. son) bawak sebotol air. Tun biasala..masuk jer dalam rumah, tinggalkan budak2 main2 kat luar seketika...boring juga siadik asyik berkurung dalam rumah jer kan.Dah puas main, masuk dalam rumah..Muqri terus dapatkan Tun..

Adik: "Ibu..Ibu..tadi adik dah mandikan pokok bunga ibu kat luar".
Ibu: (Terpinga2 seketika apa yang nak cuba disampaikan oleh sianak).
Adik: "Adik dah mandikan pokok bunga ibu..nanti pokok bunga ibu sihat dan cepat besarlah" (Ulang sekali lagi seolah2 paham yang siibu terpinga2 tue)
Ibu: "Oooo..adik mandikan ehhh...pokok-pokok kita tak mandikan, sayang..tapi kita kena siram..barulah pokok sihat dan segar. Macam kita juga, pokok perlukan air untuk hidup".
Muka siibu dah control tahan gelak tu sebenarnyer..hahahaaa...

Baru Tun teringat yang semalam bila hantar si abang (Nabil-1st. son) ke sekolah, time tu hujan turun, Tun cakap "Syukur padaMu ya-Allah, kurniakan hujan pada yang sekalian hidupan dibumi ni Ya-Allah". Anak2 yang memasang telinga bertanya itu ini mengenai apa yang Tun ucapkan time tu.. Tun bagitahulah yang seperti kita juga yang memerlukan air untuk minum dan mandi, macam tu juga pokok"...dan ayat itulah yang keluar..hahahhaaa..hari ni Muqri ikut apa yg Tun cakap semalam..hihihihi..
Okies, berbalik menu lunch hari ni, Tun masak simple ajer untuk santapan anak2..Sticky Caramel Chicken Wings dengan Sayur Buncis Goreng Kicap serta Telur Dadar ajer. Resipi asal dari Mutiara Azura MyR, Sticky Caramel Chicken Wings tapi Tun buat 1/2 ekor ayam bukan amik chicken wings ajer la..hihihi. Tun copy resipi dari rumah AnnaQawina. Dah ramai yang buat guna resipi ni..leh tengok kat link kat bawah ni yer antaranya Kak Nor dan juga Kak Ayu Singapore. Mintak izin share kat sini pula yer. Terima kasih.

Sticky Caramel Chicken

Sumber : mutiarazura@myresipi.com
Copy : Kak Ayu , Anna dan Kak Nor


Bahan-bahan ( 24 keping )


12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)

2 sudu besar minyak masak

3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)

1 sudu besar halia dicincang

1 sudu besar sos ikan

1 sudu besar kicap

1 sudu besar sos cili

1/4 cawan (60ml) madu-(Ayu gunakan dalam 7-8 sudu besar)

* Kak Nor, Kak Ayu dan Anna tambah 1tbsp serbuk lada hitam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

2 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Tun, umah akak ayam balik2 smbl tumis ngan kari, lain2 hubby tak minat, jadi ni nak mintaklah ayam tun seketul dua.. hehehe

Rabiatun said...

Kak Sari : yelah akak, klu family dah suker itu, itu jelah kita masak..hihihi.. amik ler kak :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...