Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Friday, April 8, 2011

Menu Bila Mood Downnnn...

~Assalamualaikum~

Salam Jumaat buat semua...Semalam mood masak2 memang boleh kata tak bersemangat langsung..nak2 dah 3 hari duk sakit gigi..Masalahnyer bukan gigi tapi gusi yang duk berdenyut2..nak kata gigi berlubang, takde berlubang kat yang sakit tu. Tidur malam pun duk terganggu..Malam semalam kul 4 pagi tersedar sebab tak tahan sakit dah..makan ubat, baru la boleh tido. Nak gi klinik gigi, memang agak susah la weekdays macam ni..sebab rutin harian yang padat..ye lah kan, kalau dah ke klinik gigi, kena tunggu lama sikit la..kita ni ada macam2 hal nak kena diselesaikan setiap hari..lebih2 lagi waktu balik anak dari sekolah tak sama..jadi masa pun tak mengizinkan...terpaksalah bertahan dan tunggu weekend jugak..huhuhuhu..

Malam tadi dah tak tahan sangat, lepas masak ala kadar ajer tauu..mintak tolong hubby belikan ubat kat Farmasi. 1 papan tu dalam $8. Alhamdulillah, lepas makan sebijik reda sakitnya dan boleh la tidur...hari ni dah berkurangan sakitnyer..insya-Allah, esok boleh la melawat doctor gigi pula..hihihi..
Sebelum tu, meh ler kita tengok resipinya...

Telur Goreng Mata Kerbau dengan Kicap
by Rabiatun @ Sweettouch

3 biji telur
2 ulas bawang merah- dihiris
sedikit cili merah dan capsicum-dihiris dan dipotong dadu
sedikit daun ketumbar-dihiris
sedikit kicap manis
sedikit tomato sos

Cara:
1). Goreng telur sebiji demi sebiji dan susun dalam pinggan.
2). Tuang tomato sos di atasnya di ikuti dengan kicap manis.
3). Tabur bahan hiris. Sedia dinikmati.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...