Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Thursday, April 7, 2011

Ayam Panggang Serai

~Assalamualaikum~

N3 menu dinner malam tadi..Ayam Panggang Serai resipi Hana Jepun. Sedap tau resipi ni.. Anak2 dan en Hb pun suka. Terima kasih banyak kepada penyumbang resipi dan insya-Allah, akan dibuat lagi dan lagiiii... Memang nak kena bagi kredit buat Hana. Mintak izin c`n'p kat sini pula yer Hana, buat rujukan next time..tq ..lebiuuuuu muahhhhh...
RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
Resipi : hanamemories.blogspot.com
Sumber: Rabiatun @ Sweettouch

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.


1 comment:

Sheila Shafeareen said...

Salam Tun..alamak lauk ayam lee sure sdp ni sbb letak serai pasti baunya harum..dtg rmh tun mkn lehhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...