Ni versi asal..letak pewarna pink sikit.
Okies berbalik kepada Bahulu ni..Tun memang belum betul2 success ler membuatnyer...bagi Tun bahulu ni agak unik dan bukan senang nak membuatnyer..nak2 yang tidak berpengalaman seperti Tun. Nampaknyer terpaksalah berkubur niat nak niaga ni..hahaha.. Bukan salah resipi tauu...kuih yang Tun buat ni menjadi tapi agak cerewet bagi Tun yang tiada berpengalaman nih. Tak pasti adunan yang macamana, nak pukul sampai jd adunan tu macamana, time membakarnyer pula macamana..pendek kata banyak yang Tun kena buat research kalau betul2 nak berniaga. Bukan nak buat sebijik dua ajer..kalau main dengan banyak bijik macamana, betui dak? Harrrr..tang ni maksud Tun belum cukup ilmu..hihihi..
Apapun, bahulu ros ni sedap tau. Mintak izin letak resipinya kat sini pula yer Ikin. Terima kasih banyak..Jom cek resipinya...
Bahulu Ros
resipi: Mama Myvi
sumber: Rabiatun @Sweettouch
Bahan-bahan ( Saiz 20cm )
- 4 biji telur
- 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
- 1 sdt esen rose
- 1 3/4 cawan tepung gandum
- Sedikit pewarna merah
Cara-cara
- Pukul telur bersama gula hingga kembang
- Masukkan esen rose
- Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
- Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
- Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
- Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.
Note:
* Jika guna versi asal iaitu pewarna merah mcm dalam resipi, Tun terasa ianya agak manis..Elok kurangkan kepada 1 cawan +-.
* Jika nak campur cocoa powder, elok kurangkan gula tadi kepada 1 1/4 cawan +-.
No comments:
Post a Comment