Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, April 18, 2011

Abok - Abok

Dah lama teringin nak buat kuih ni..memang peberet betoiiii. Nasib baik la ada resipi dari Bro Rozan nih, boleh la Tun mencubanyer. Sebelum ni asyik beli ajer itupun tak selalu ada dijual kat area rumah Tun...kalau nak makan pun bila balik ke kampung hubby ajer.
Resipi asal dari Rozan, tp Tun C&P dari rumah Izah. Terima kasih keduanya. Kalau nak tengok hasil dari Izah boleh gi sini.
ABOK ABOK
sumber: bro Rozzan
copy: Izah

Bahan
250 gm sagu
220 gm kelapa parut putih
180 gm gula melaka (dipotong kecil-kecil)
½ sudu teh garam
beberapa helai daun pisang berukuran 16 x 28 cm

Cara
Sagu biji dicuci dan ditoskan. Kelapa parut dan garam digaul rata. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata. Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dgn lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis. Kukus hingga masak.
Tips dan peringatan dari pengalaman Tun:
a). Kalau boleh lain kali bila isikan sagu ke dalam kon daun pisang, tak boleh terlalu padat sebab ia mengakibatkan sagu susah nak masak.
b). Lain kali nak kena pastikan sagu tak mampat sangat.



1 comment:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

suka gak bila makan kat kenduri..tapi nak cari le pula daun pisang tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...