Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Wednesday, November 4, 2009

Puding Lapis Pelangi


Puding ni sebenarnya dah lama buat time jiran2 datang beraya hari tu..tapi skang ni la baru nak tepek...mintak maaf semua yang tinggalkan mesg. kat chat box lambat betul baru leh reply. Skang ni sibuk jer memanjang.
Ok, berbalik pada puding ni, namanya puding lapis pelangi resipi dari Azie (akak mintak izin C&P yer zie). Sedap puding ni, bukan saja ia nampak cantik. Alhamdulillah juga ia tidak lekang. Petuanya masa nak lorek tu kena betul2 lorek tapi hati2 jangan pula sampai ia tembus. Hubby ku pun teruja tengok puding ni.

Bahan-bahan ( 22 cm )
Bhn A
2 sudu makan serbuk agar2
1200 ml air
200 gram gula (aku kurangkan sebab manis)
Pewarna- hijau, merah dll
Bhn B
2 sudu makan serbuk agar2
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula (aku kurangkan juga sebab manis- tapi lupa pulak berapa gram)
1/2 sudu teh garam
Cara-cara

1) Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
2) Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
3) Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
4) CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
5) Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
6) Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
7) Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...

Note: Gula perlu dikurangkan sebab ianya memang manis (seperti kata Azielah kan). Tapi lupa pulak nak ku tanda masa membuatnya maklumlah rush kan. Insya-Allah bila ku buat lagi akan ku update.

3 comments:

LOVE said...

KakTun, aisey puding tuh dah abis ker kak??? Cantik sungguh! :)

K.Nor said...

cantik puding nih.. k.nor tak buat2 pun lagi..

Rabiatun said...

Love, dah selamatlah Love, cubalah yer.
Kak Nor, thanks kak, menguji kesabaran betul nak tunggu puding ni mengeras selapis2. Lepas layer, tun masukkan ke dlm fridge sekejap, mula2 tu alas dgn loyang berisi ais tetapi bila sampai bahagian atas, lambat pula agar2 ni nak keras..tu yang masukkan ke dlm fridge sekejap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...