Snow Effect

Tq To My Dear Followers

Monday, August 17, 2009

Project Kraftangan Darwis Kat Sekolah


Dah seminggu aku duk tangguh nak masukkan project kraft yang Darwis buat kat sekolah dia. Ntah..aku terlalu sibuk sangat, banyak benda kena buat.
Sampai jer kat rumah, Darwis anakku yang 2nd. umur 4 tahun berlari ambilkan project kraft dia ni..sambil cakap, " Ibu..Ibu...this is a sheep. Awis buat kat school tadi. Cantik tak Ibu?" tanya dia padaku. Aku cakap "Cantiknya. Pandai Awis buat." Dia tersenyum gembira.Kemudian aku janji nak buat binatang lain lagi untuknya. Dalam kepala duk pikir, bila masa aku nak duk main dengan anak2 buat aktiviti sendiri. Sibuknya..terasa rugi anak2 seolah2 terlepas dari pandangan mata. Sedar2 sudah besar. Terasa sayu juga hatiku.

Ni selipar (sandall). yang ni dah lama dia buat. Tetapi itulah, aku leka sangat dengan rutine harian. Seperti janji ibu, ibu sudah masukkan hasil kerja tangan anak ibu ke dalam blog ini. At least adalah simpanan ibu buat tatapan Darwis bila besar nanti yer.
Harapan ibu semoga Awis belajar pandai2 dan jadi anak yang soleh.

Hmmm..aku teringat masa hubbyku pergi OutStation. Hari kedua, bila bangun pagi masa duk kat katil, Darwis dah tanya bibik dia "Mana ayah? Naper ayah takde?" Aku yang duk kat bilik sebelah dengar dia cakap tu. Hmmm...nampaknya dah rindu ayah dia la tu.
Then..i'm told my hubby pasal ni. Hubby aku call Darwis..ini perbualan dia:
Ayah..pergi mana? Kenapa ayah kerja? tanya anakku. Hubby jawab " Ayah kerja la..cari duit, nanti nak beli susu Awis, adik dan abang." Anakku jawab pula " hmmm..takpe2 nanti Awis belajar pandai2" Macam tahu jer kita susah payah cari duit..dah pandai berfikir agaknyer. Then hubby aku tanya lagi "Awis pandai tak kat sekolah?" Dia jawab "Awis pandai, kawan Awis tak pandai" Itulah ayat2 dia.

1 comment:

vivienne said...

..." awis pandai, kawan awis tak pandai "

so funny, so innocent. awis is so cute.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...